24 February 2011

KECEWA LAGI!





Akhirnya, dia buat pengakuan dengan kami semua... Huh, tak usah la nak menipu lama-lama... Pengakuan yang dia berikan itu pun belum pengakuan kebenaran... Masih ada penipuan dia lakukan, apa nak jadi? Tak baik tipu-tipu dengan kawan-kawan sendiri... Aku tahu dia tak jujur masa buat pengakuan... Dalam hati dia pasti dia tetap bertopeng dan topeng itulah buat dia ego... Setiap perkataan yang dia suarakan aku masih ingat lagi sebab dia tak jujur... Aku tahu dia sememangnya tak ikhlas dalam persahabatan... Mengapa? Aku pandang mata dia, aku tengok cara gerakan tubuh dia, aku perhatikan nada suara dia dan segala-galanya... Senang cerita aku suka perhatikan gaya seseorang bila nak bercakap dengan aku... Terus-terang aku benci penipu, pengkhianat, hipokrit dan langsung tak ada keikhlasan... Manusia jenis apakah dia ni? Tergamak menjatuhkan maruah kawan-kawan sendiri semata-mata manusia bertopeng lain... Aku tidak pasti bila dia akan berubah sebab dia sendiri tidak kenal siapa dia yang sebenarnya...

Malam itu dia nak minta maaf dengan aku tapi aku tolak... Bukan aku mahu meneruskan sengketa tapi aku nak mengajar dia erti hidup bersahabat... Sudah banyak benar dia lakukan keburukan terhadap aku dan kawan-kawan yang lain... Aku katakan kepada dia, aku tak akan maafkan dia dan takkan menerima dia selagi dia tak berubah menjadi manusia biasa... Aku mahu dia lepaskan topeng muka dia yang hipokrit... Aku kata lagi, walaupun aku tak dapat menerima dia sekarang tapi aku tetap akan layan dia macam biasa... Tapi, layanan itu tidaklah mesra, kasih dan sayang sangat sebab aku benar-benar terluka dan kecewa... Aku beritahu dia awal-awal lagi selepas pengakuan yang dia buat aku tak mahu dengar apa-apa tentang masalah hidup dia walaupun dia jatuh tersungkur sekalipun... Aku mahu dia tahu hubungan persahabatan harus ada keikhlasan, kejujuran dan kasih sayang... Aku tunggu perubahan dia jika dia mampu bangkit kembali dengan pintu hati yang terbuka... Ya, aku tunggu :-)

LAPORAN POLIS




Cantikkan kertas di atas? Huhuhu... Gempaklah sangat aku conteng colour hitam sana sini dengan perasaan yang geram, sedih dan kecewa :-( . Ini kali pertama pengalaman aku buat laporan polis dan aku pun dah merasai macam mana buat laporan polis... Biasanya, aku temankan atau tengok orang lain buat laporan polis tapi aku pun sama juga... Hari kehilangan beg duit aku dan hari itu juga aku terus buat laporan polis (malam)... Aku kalau benda-benda macam ni aku tak suka tangguhkan... Walau sibuk mana sekalipun aku mahu terus lakukan dengan secepat mungkin... So,harap-harap ini kali pertama dan terakhir aku buat laporan polis... Terima kasih buat Abang Yus, Eeka Azmi dan Eg sebab sudi bersama aku ketika  ini :-)... Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan hidupku oleh ALLAH S.W.T, Amin... 

22 February 2011

HARI MENCABAR BUAT GADIS

Pukul 9.05 pagi aku beberapa orang teman sudah berada di dalam bilik Wayang Kulit untuk menghadiri kelas tutorial. Pukul 9.15 pagi, masih orang yang sama dan tiada kemunculan orang lain dalam bilik Wayang Kulit. Aku dan teman yang lain buat keputusan kelas tutorial Wayang Kulit dibatalkan jam pukul 9 lebih. Aku dengan Jowani keluar dari bilik Wayang Kulit terus pergi ke library ASWARA. Aku keluarkan kad matrik pelajar, telefon bimbit dan beg duit kemudian beg coklat aku ditidurkan di rak beg kat depan Mak Guard. Aku print kertas kerja aku untuk dihantar hari ini kemudian muncul adikku, Eg dengan membawa bakul hijau (macam nak pergi pasar :-p). Selesai bayar harga print aku letak beg duit dan telefon dalam bakul hijau Eg.. Opps, lupa pulak hari ini aku pakai baju kurung hitam+putih = sebab tu aku terpaksa tumpang dalam bakul Eg. Lepas tu, aku, Eg dan Jowani buat keputusan nak pergi cafe.

Di tempat Mak Guard, aku ambil beg duit dan telefon bimbit dari bakul Eg. Aku ambil beg coklat aku letak di atas meja Mak Guard sebab nak masukkan beg duit, telefon bimbit dan juga kertas kerja. Mak Guard tu tengok aje tapi cara dia tengok tu lama jer. Aku tak kisah pun sebab tugas Mak Guard pantau student sebelum keluar dari library dan memang kerja diaorang. So, kami bertiga ni pergi ke Cafe dan join dengan Yien, Anith, Edd Luigi dan juga Uda. Aku nak makan roti canai lepas tu aku cari aku punya beg duit tu dalam beg coklat tapi tak ada. Sekali lagi aku cari tapi memang tak ada. Aku dah mula rasa tak sedap hati dan jangka ada benda yang tak kena hari ini. Aku ajak Eg pergi library sekali lagi tapi sayang library tutup sebab ada mesyuarat. Aku dan Eg nampak Mak Guard yang jaga library duduk di depan bilik Wayang Kulit. Aku tanya Mak Guard pasal beg duit aku tapi dia kata tak ada jumpa pun. Aku tanya sekali lagi untuk minta kepastian dan Mak Guard tu kata memang tak jumpa apa-apa. Heran beb! Aku bengang Mak Guard ni sebab boleh dia membebel kat aku. Agaknya Mak Guard tak bukak fikiran kot sebab bodohlah kalau aku nak tinggalkan barang berharga aku di rak beg. Mesti sebelum keluar dari library aku angkut semua harta aku, takkan nak buat pameran di library pulak (*-*). Nak tak nak aku terpaksa pergi cafe semula sebab meeting di library lama lagi. 

Pukul 10 lebih aku balik asrama dan selongkar beg coklat aku. Memang beg duit aku tak ada. Pukul 11 aku pergi library jumpa Eg yang tengah online. Sekali lagi aku dengan Eg tanya Mak Guard, Hanafi, Pekerja di situ, Kak Zura dan Abang (aku tak tahu nama apa) memang diaorang kata tak jumpa. Hakikatnya, benar dugaan yang Allah berikan untuk aku hari ini ialah kehilangan beg duit. Aku duduk kat meja dengan Eg di library dan masa tu Eg mangsa kena dengar aku merengek sedih hilang beg duit tu. Aku merengek pot pet pun sekejap juga sebab aku tahu tak guna juga aku merengek lama-lama kat Eg dan memang benda dah berlaku. Aku kena redha. Takkan aku nak menangis dan meraung macam orang gila di library.. Opps, itu bukan aku kalau nak buat macam tu dan aku kena bersabar menghadapi ujian ni. 

Pukul 8.00 malam, aku, Abang Yus, Eg dan Eeka pergi ke balai polis Tun H.S.Lee dan kami bernasib baik sebab ada seorang sahaja yang buat aduan kat situ. Bermakna aku orang kedua menjadi pengadu buat aduan kehilangan barang... Sedih ingatkan barang-barang aku tambah-tambah lagi ada broaband kawan aku dalam beg tu :-( . Pukul 8.50 malam baru selesai buat laporan polis dan kami singgah makan di Medan Selera Tebing. Terima kasih buat teman-teman yang berada disisi aku ketika aku dalam kesusahan dan mengambil berat tentang diri aku. Terima kasih sangat-sangat. Mudah-mudahan Allah membalas budi dan kebaikan kalian semua. Andai hari ini aku yang jatuh tersungkur kalian yang membangunkan aku. Andai hari esok lusa kalian pula jatuh tersungkur aku pula akan membangunkan kalian. Kita sama-sama jatuh dan bangun dengan kekuatan dan kejujuran dalam persahabatan :-)

Coret-coret dugaan hidup aku hari ini :-
  • Aku sakit perut (senggugut) tiba-tiba berkurangan dan langsung tak fikir tentang sakit aku ni sebab fikiran aku fokus dengan beg duit je.
  • Di Cafe ( petang), Rozie suruh aku makan tapi aku tak nak. Puas Rozie suruh aku makan tapi aku tak nak makan juga sebab selera makan aku benar-benar hilang. Kosong. Sama seperti fikiran kosong dan juga selera makan aku juga kosong. 
  • Aku baru perasaan hampir satu hari aku hanya sentuh Air Milo panas dan Roti Pau Kaya (itupun sebab Eg baik hati belanja aku makan, thanks :-)). Selepas balik dari kelas pukul 7.10 pm, aku terus cari Mamee isi perut. Sedihnya, sebab aku dah jadi miskin! Huhu...
  • Sakit gigi aku masih lagi ada dan aku tak fikir tentang sakit gigi aku. Lantak gigi aku buat hal pun janji aku nak dapatkan beg duit tu tapi tak ada rezeki juga.. Huhu. 
  • Hebatkan impak beg duit hilang? Huhu... Sedih tetap sedih tapi tak bermakna kesedihan itu aku kena kongsi semua orang di sekeliling. Cukuplah, hanya aku bersedih  dengan kehilangan beg duit tu. Aku tak mampu nak menunjukkan kesedihan aku dengan teman-teman aku sebab cukup memadai mereka ada disisi aku disaat aku dalam kesusahan seperti ini. Terima kasih, teman :-)


21 February 2011

SAKIT GIGI LAGI!

:: Sakit Gigi Lagi! ::

:: Reaksi Muka Aku Tengok Benda Tajam,huahaua ::


Sudah beberapa hari aku menahan sakit gigi... Sakit sangat-sangat! Sakit gigi bertambah sakit bila gusi aku dah bengkak dengan comel sekali, huhu... Nak makan pun susah kena control tapi kalau dah lapar sangat aku makan juga.. Tak kira sakit ke tak janji perut duduk diam-diam tak bunyi dengan 'LAPAR' tapi bila lepas makan mula berdenyut-denyut sakit... Apa, ingat ni music hip hop nak berdenyut-denyut? Adoyaiii, sakitlah! Lepas makan aje terus aku gosok gigi... Boleh dikira aku gosok gigi 3 @ 4 kali dalam sehari... Mesti syarikat ubat gigi kaya kalau dapat pelanggan macam aku gosok gigi banyak kali dalam sehari... Huhu :-(

Gara-gara sakit gigi aku dah baik hati sangat dengan ubat... Adehhh, sejak bila la tekak aku ni boleh terima ubat? Dulu bukan main susah aku nak makan apa-apa ubat tapi sakit gigi punya pasal aku jalan juga dengan ubat... Nak buat macam mana sakit sangat sampai ubat pun aku boleh melantak dengan jayanya,huhu... Tahniah yer Miylo Meow! :-p

Sebenarnya aku nak pergi klinik gigi tapi dup dap dup dap berdebar nak jumpa doktor gigi...Sakit gigi tahap antarabangsa buat aku nak cabut gigi ni biar kasi tak ada sakit-sakit lagi tapi aku takut... Takut pulak nak tengok jarum tajam cucuk dalam mulut aku... Aduiii, sebenarnya aku memang penakut dengan jarum nak-nak lagi kalau kena pergi klinik gigi... Macam mana ni? Nantilah, aku akan pergi jugak ke klinik gigi tapi tak tahu bila... Kuatkan semangat Miylo Meow... Pasti berjaya, muahuahaua! :-)

20 February 2011

AYAH DAN WAD HOSPITAL


Pukul 7.10 malam ada deringan nada lagu “I’LL BE BACK -2PM” daripada my dad, Cik Adam Hensem... Hehe... Ayah memberitahu sekarang dia berada di dalam wad dan aku terkejut. Makin terukkah sakit lelakiku tersayang ini? Aku menjadi kerisauan dan suaraku menahan sebak mengenangkan ayah di kampung. Ayah beritahu satu hari ini ( RABU) dari awal pagi selepas Subuh dia berada di Hospital Kota Bharu sehinggalah pukul 4 petang, dia ditahan masuk ke wad. 

Aku tanya ayah kenapa dia ditahan? Mulanya ayah menjawab dengan sempoi sekali bunyinya begini "Saja-saja jalan kat sini. Tengok doktor buat kerja," haha, aku tergelak. Ishh, Cik Adam Hensem ni sempat lagi berlawak dengan aku yer tapi aku tahu... Aku tahu dan aku tahu sangat... Aku tahu ayah sengaja berlawak dengan aku sebab tak nak aku risau tentang dia... Aku sedih :-(

Kata Ayah lagi, doktor nak scan kepala dia sekali lagi sebab nak tengok punca mata Ayah sakit dan selalu tidur setiap masa (bak kata Ayah, huhu)... Lega aku mendengarnya walaupun aku tahu Ayah cuba menyembunyikan sakitnya daripada aku tapi Ayah tak boleh 'tipu' aku tentang dia sakit. Aku tahu Ayah sakit sebab itu aku kerisauan selalu apabila memikirkan tentang dia walaupun emak dan adik-beradikku yang lain ada disisinya. Ayah mungkin 'menginap' rumah keduanya beberapa hari dan satu harapan aku untuk Ayah :-

:: Hope Ayah cepat sembuh - Bertahanlah lelakiku tersayang kerana anakmu sentiasa mendoakan yang terbaik untukmu - Sayang Ayah ♥ ::

Okey, sebelum aku nak menamatkan taipan berblog aku letakkan beberapa kiriman gambar (MMS) daripada Ayah dan harap sudi menjenguk gambar ini :-)


:: MMS 1 - Masuk Wad ::

:: MMS 2 - Dapat Aksesori Baru ::

:: MMS 3 - Sempat Lagi Posing Walaupun Sakit, Huhu ::

::MMS 4 - Cik Adam Hensem & Adik Maa ::

SYUKUR ADA REZEKI DARINYA


Hari sudah pagi dan terpapar mesej di skrin telefon bimbitku. Aku buka. Mesej itu dari my Sis Tih mengkhabarkan berita gembira untuk aku... Syukur, benar-benar syukur kerana aku tak sangka permohonan aku untuk mendapat 'sesuatu' dari Yayasan Terengganu diterima dan diluluskan. Aku tersenyum kesyukuran. Hajatnya hari ini -KHAMIS- aku mahu membeli tiket untuk balik ke kampung untuk menguruskan hal 'sesuatu' dari Yayasan Terengganu dan balik hari esoknya -JUMAAT- tapi cancel. My mom call beritahu tak perlu balik kampung kerana dia akan pos surat 'sesuatu' ke ASWARA, KL... Sekarang aku akan menunggu surat 'sesuatu' di KL dan serta-merta aku akan pantas menguruskan surat itu dengan jayanya... Rezeki jangan ditolak kerana aku  benar-benar bersyukur ada rezeki ALLAH S.W.T menghadiahkan untuk aku... Mudah-mudahan urusan surat 'sesuatu' dengan Yayasan Terengganu berjalan lancar dengan keberkatan ALLAH S.W.T... Amin...

AINA BUDAK KECIL


Sungguh, setiap kali aku menatap gambar si kecil yang bermata sepet, pipi tembam dan rambut yang halus benar mengusik kerinduan aku kepadanya. Aku rindu Aina… Siapa Aina?

:: Si Comel - AINA AFIQAH - ::

  • ·         Aina Afiqah..
  • ·         Berusia 3 tahun.
  • ·         Sepupuku yang paling kecil, muda dan bongsu sebelah keluarga my mom.
  • ·         Suka bergambar dan dia memang gila bergambar.
  • ·         Rapat dengan dengan my family kecuali my Sis Long… Cuz Sis Long selalu kacau dia, haha.
  • ·         Pantang ajak naik kereta, tengok kucing dan makan aiskrim mesti dia akan manja giler dengan  aku, haha.
  • ·         Aku suka buat-buat merajuk dengan dia sebab dia mesti datang pujuk aku dengan muka dengan senyuman nakal… Comelnya!
  • ·         Nakal dan tak reti duduk diam… Ada sahaja benda yang dia cari… Agak-agaknya nak jadi detektif ke budak ni? Huhu.
  • ·         Dia akan menangis jika kelaparan dan berjauhan dengan Mak Su ( Mak dia).
  • ·         Kalau balik kampung mesti bajet dia artis hot sebab adik-beradik aku berebut nak cium & peluk budak kecil ni… Aina? Tentulah dia happy sangat sebab ada saja orang melayan karenah dia.
  • ·         Kalau aku rindu dia mesti aku akan telefon nak dengar suara dia… Geramnya dia kadang-kadang buat sombong tak nak cakap tapi bila aku mengayat nak bawak dia jalan-jalan naik kereta mesti dia gedik nak bercakap.. Hahaha!

:: My Dad & Aina - Diaorang ni memang rapat ::

:: Sis Tih & Aina ::

:: Aina, si comel tersenyum ::

:: Sempat posing di belakang hospital, huhu ::

:: Aku Sayang Dia & Dia Sayang Aku ::


15 February 2011

MANUSIA TERHEBAT MENJADIKAN AKU MANUSIA BERGUNA

Kali ini aku mahu bercerita tentang idola aku yang menjadikan aku menjadi seorang manusia berguna... Rindu pula bila terkenangkan guru dan pensyarah aku yang banyak memberi ilmu kepada aku... Walau apa-apa pun sorry lah tak ada gambar sebab tak semua gambar mereka aku ada... Just nak bercerita tentang mereka MANUSIA TERHEBAT dalam hidup aku :-)


TEACHER WAN RUHANI



  • Ini dia cikgu Bahasa Inggeris sewaktu aku darjah enam.. Kalau korang nak tahu aku memang tak suka dan lemah dalam Bahasa Inggeris...  Sewaktu aku darjah enam aku dipindahkan ke sekolah baru sebab my family pindah tempat tinggal yang baru. Dari Sekolah Kebangsaan Kerandang -> Sekolah Kebangsaan Bukit Kenak aku dihadiahkan seorang insan yang bernama TEACHER WAN RUHANI..
  • Aku sangat bersyukur apabila dipertemukan dengan beliau sebab beliau telah banyak membantu aku dalam subjek Bahasa Inggeris... Bayangkan aku paling tak suka subjek Bahasa Inggeris boleh tergila-gilakan subjek ini sampaikan apa-apa tugasan lain pasti aku siapkan tugasan Bahasa Inggeris dulu...
  • Antara subjek lain subjek Bahasa Inggeris paling aku beri perhatian... TEACHER WAN RUHANI baik, tidak sombong, tak suka marah-marah dan tak kekwat :-)
  • Terima kasih Teacher sebab menjadikan aku manusia berguna untuk membuka minda dan teruja belajar Bahasa Inggeris :-)

CIKGU WAN ADDENAN

  • Aku kenal CIKGU WAN ADDENAN masa form six di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nering... Sebelum aku masuk sekolah ni, My Sis Tih sudah belajar di sekolah ni. So, CIKGU WAN ADDENAN tentu mengajar kakak aku. Dari cerita kakak aku tentang CIKGU WAN ADDENAN, beliau seorang yang tegas, kurus, garang ( maklumlah guru disiplin ) dan kadang-kadang suka berlawak.
  • Aku sekali lagi dihadiahkan dengan manusia terhebat iaitu CIKGU WAN ADDENAN ditakdirkan menjadi guru KESUSATERAAN MELAYU TRADISIONAL aku... Aku mula-mula takut juga bila jumpa beliau ni tapi lama-kelamaan teruja pulak... Oopps bukan gatal yerk... Dia sudah ku anggap ayah aku sendiri.
  • Sebenarnya, gara-gara beliau aku menjadi tergilakan subjek KESUSATERAAN MELAYU sehingga sekarang... Best dapat belajar dengan beliau walaupun dia garang tapi pernah marah-marah dengan aku... CIKGU WAN ADDENAN bagus, tak pilih kasih seperti segenlitir guru... Ooops ,kantoi tapi inilah hakikatnya kena terima okey? Terima kasihCIKGU WAN ADDENAN kerana memberi aku ilmu yang cukup terbaik dan hebat sehingga pintu hati aku terbuka ingin masuk ke ASWARA :-)



CIKGU NOR AKLIMA

  • Aku bertemu manusia terhebat ini, CIKGU NOR AKLIMA di Pusat Pendidikan Yayasan Terengganu... Meh aku gambarkan perwatakan beliau yer, hehe.. CIKGU NOR AKLIMA akan pakai jubah pelbagai colour dan yang penting warna tudung mesti sama naik dengan colour jubah beliau... Sweet :-)... Jarang sangat-sangat tau beliau pakai baju kurung tapi pakai jubah pun cantik jugak Cikgu.
  • Beliau seorang yang tegas, berdisiplin, baik hati dan tengok mood juga kalau nak bergurau-senda sebab CIKGU NOR AKLIMA sangat fokus di dalam kelas...  Yes, I like her style :-)
  • CIKGU NOR AKLIMA suka melukis untuk nota subjek KESUSASTERAAN MELAYU... Comel aje bila dia melukis dan aku pun sama naik la nak melukis juga... Paling penting, sampai sekarang aku akan pegang kata-kata semangat yang dia berikan untuk aku... Terima kasih Cikgu :-)


CIK RIDZUAN HARUN

  • Ini lecture pertama yang aku hormati... Aku panggil CIK RIDZUAN HARUN dengan CIK WAN  jer... CIK WAN mengajar subjek PRINSIP TEORI PENULISAN semester 1 di ASWARA... CIK WAN  ni glamour and fav student di ASWARA... Hanya orang tertentu sahaja yang tahu kenapa mereka suka dan selesa dengan CIK WAN ...
  • CIK WAN  ni seorang yang biasa-biasa, nak kata garang tak ada tapi adalah ketegasannya... Paling aku tak boleh nak blah aku selalu kantoi mengantuk dalam kelas beliau sehingga ada suatu hari dia perli aku dengan nada " Lepas baca cerpen ni boleh la sambung tidur di asrama yer?"... Hahahah :-p
  • Ooops, lupa pulakCIK WAN  ni my mentor di ASWARA... So aku agak selesa bermentorkan beliau sebab beliau seorang yang senang dalam apa jua perkara tapi kena tengok keadaan jugak la...
  • Thanx to CIK WAN  sebab mencurahkan ilmu untuk manusia yang lemah seperti aku ni... Huhu...




DOKTOR FAISAL TEHRANI

  • Ini lecture kedua yang aku hormati... Aku biasakan gelaran untuk beliau dengan DOKTOR aje okey? Beliau mengajar subjek PENGENALAN DRAMA BARAT di ASWARA... Susah wehh subjek ni sebab melibatkan manusia barat, huahuahua...
  • DOKTOR ni seorang yang berdisiplin, tegas, suka berjenaka dan sweet bila dia tersenyum... Aku paling suka belajar dalam kelas beliau sebab cara pengajaran beliau sangat padat, kemas dan tersusun... DOKTOR kalau dah mengajar memang tak suka student dia bising-bising apatah lagi bersuara kecuali ada yang ingin bertanya... Aku sangat fokus belajar dalam kelas beliau... DOKTOR seorang yang hebat bersama ilmu yang beliau miliki... Aku bersyukur dipergurukan dengan orang yang berilmu tinggi dengan DOKTOR...
  • Sekarang aku di semester 2, rindu pulak mahu berilmu lagi dengan beliau... Walaupun DOKTORseorang yang tegas tapi aku senang untuk berguru dengan beliau... Thanx DOKTOR :-)

10 PERKARA - APA TU?

Aku bosan sangat-sangat sekarang ni dan tiba-tiba aku rajin nak buat perkara sengal ni dengan menyenaraikan 10 benda yang aku suka dan tak suka :-)


Aku gila sangat-sangat dengan :-


  1. Black pepper... Letak banyak-banyak, bestttt :-)
  2. Kucing... My Love forever :-)
  3. Coklat... Perghh, nikmatnya bila bite benda ni, yummmyy :-)
  4. Internet... Layaann je la sampai mata lebam-lebam :-)
  5. Purple + Pink... Aku gila colour ni sejak sekolah rendah lagi
  6. Beg kertas... Ntah, aku pun tak tahu kenapa aku layan benda ni.. Hahah
  7. Berkaraoke... Saja nak menyumbangkan suara aku kat telinga orang lain, hehehe :-)
  8. Download lagu, video, bergambar dan... Adalah, yang ni memang hobi aku, heheh :-)
  9. Buat gila-gila... Sampai orang sekeliling aku pening sebab aku tak reti duduk diam :-)
  10. Menyanyi sambil menari... Walaupun aku tak ambil cos tari saja nak gedik jugak, heheh :-)

Aku tak suka apabila  :-

  1. Makan pedas-pedas... Errk, sakit perut! :-(
  2. Makan di tempat terlalu umum... Bising + Panas!
  3. Kacau aku tengah syok tidur... Memang cari pasal dengan aku jawabnya.
  4. Pinjam barang aku tapi tak pandai menghargai
  5. Mengulangi sesuatu perkara banyak kali tapi tak ada hasil...
  6. Buat sesuatu melibatkan aku sebelum berfikir panjang... Apa hal?
  7. Tidak reti nak menghormati aku... Mentang-mentang la aku ni awet muda jeles la tu!
  8. Tidak jujur dengan aku... Tak boleh dibuat kawan :-(
  9. Menyentuh barang-barang peribadi aku tanpa keizinan aku... Privacy beb!
  10. Kacau aku tengah buat kerja.... Tak pasal-pasal hilang fokus aku...


Bila aku bosan :-

  1. Berangan-angan sambil merenung masa depan
  2. Mendengar lagu sambil merentak-rentakkan kepala... Hot beb!
  3. Melayari internet sambil berblog
  4. Menonton cerita, movie, kartun...
  5. Kacau kawan-kawan dengan perangai gila-gila
  6. Buat asgment... Itu pun kalau ada mood, hehehe :-p
  7. Kemas barang-barang aku bagi jadi kemas dan elok lagi :-)
  8. Cari makanan bagi perut kenyang.. heheh
  9. Membaca naskah terhebat dari sang penulis yang kreatif :-)
  10. Dah tak tahu nak buat apa,, tidur ajelah jawapannya :-)

Aku sayang sangat dengan :-

  1. My handphone - NOKIA 6300 -... Cinta pertama aku memiliki barang yang menggunakan duit banyak... hehe
  2. My laptop - COMPAQ PRESARIO CQ42 - Nama lappy ni CA2 ( Compaq Aaron Aziz)... Aku minat Aaron Aziz sebenarnya, hahaha.... Ini cinta kedua aku... Hari-hari aku bersihkan CA2 tau :-)
  3. My Pendrive - KINGSTON - ... Walaupun benda ni 2G je tapi sungguh bermakna untuk aku...
  4. Gambar aku dengan My Love Cat... Memori tetap di hati :-)
  5. Barang-barang Make Up & Perfume... Sayang weeehh :-)
  6. Family, kawan-kawan & orang yang pernah hadir dalam hidup aku :-)
  7. My Family yang paling sengal, gempak, gedik, hot tetapi paling terhebat - WANNAABEEYU :-)

07 February 2011

TIKETKU DICURI


Aksi aku menembak 'pencuri' tiket bus aku.. Haha!


Kisah 'TIKETKU DICURI' dimulakan dengan suasana di tempat kedai pakaian dengan iringin lagu yang sedang merancakkan perhatian pelanggan memilih pakaian untuk dibeli. Jam sudah pukul 6.32 petang, aku dan akak aku, Sis Long sedang memilih pakaian lagi. Sebelum nak bayar baju yang aku nak beli tergerak hati aku nak check tiket bus yang aku beli kelmarin dulu. Aku bukak beg dan cari tiket bus tapi tiada. Adalah 3 kali jugak aku shake beg aku kot-kot ada terlekat celah-celah kosong ruang beg tapi tak ada.

"Long, kau ada tengok tak aku punya tiket?" soalku. Kak Long yang sedang memilih pakaian memandang ke arahku dengan wajah yang agak pelik - tersenyum dengan wajah kesengalan. 

"Betul ni kau tak ada terjumpa aku punya tiket?" soalku selagi dengan perasaan yang curiga. Makin geram aku tengok dia buat tak tahu lepas tu tersengih-sengih memandang aku. Aku tengok dia lagi tapi dia buat wajah sengal lagi. 

"Bak sini kau punya beg aku nak tengok," kataku laju sambil cuba ambil beg duit dia tapi dia cepat-cepat larikan. 

"Buat apa nak tengok beg duit aku? Mana ada tiket kau dalam beg aku," kata Sis Long. Kemas pulak dia pegang beg duit dia membuatkan dialah suspek utama aku. Haha! Sudahlah malam ni aku bertolak naik bus pukul 9.45 pm so aku terfikir sempat ke tak aku nak mencari tiket bus aku yang hilang. Risau sangat memikirkan tiket bus aku sampaikan aku tukar baju yang sudah aku pilih dengan baju lain. Bijak tak penangan tiket bus aku  kena curi? Huahua! 

Selepas bayar baju yang dipilih kitaorang terus nak balik rumah. Dalam perjalanan nak balik ke rumah dengan kereta yang dipandu oleh aku tiba-tiba Sis Long mengeluarkan tiket bus dari beg duitnya. Tiket bus berwarna putih dengan tulisan merah dengan hiasan gambar bus yang kecik membuatkan aku menjerit geram dengan Sis Long. Sah, Sis Long yang 'mencuri' tiket bus aku. Gampang punya kakak then apa lagi aku terus la bagi habuan kaw2 punya untuk dia sehingga aku puas hati. Hahaha!


04 February 2011

KEMBALI DI KUALA LUMPUR

Ish, berat hati nak tinggalkan tanah BESUT, TERENGGANU. Kalau ikutkan hati mahu saja aku duduk diam-diam di rumah. Tak mahu pergi ke KUALA LUMPUR. Aku tidak puas lagi menapak di kampung. Aku mahu  bersama keluarga tercinta tapi pada masa yang sama aku rindu. Rindu tetap rindu apabila berjauhan dengan mereka yang aku terlalu sayangi. Di kampung, aku rindu dengan teman-teman ASWARA terutamanya FAMILY WANNAABEEYU dan juga adikku, EG & AKHMAL. Tiba di KUALA LUMPUR, pasti aku merindui keluargaku sehingga adakalanya aku terasa kesunyian tanpa mereka. Aku pasti resah dan gelisah jika tidak menatap wajah mereka walaupun adakalanya aku selalu suka 'gaduh-gaduh' manja dengan mereka. Tidak mengapa komunikasi kami tetap berhubung dengan adanya TELEFON BIMBIT dan INTERNET :-)

Semoga perjalananku kembali bersayap kukuh di kota KUALA LUMPUR diberkati dan dilindungi olehNYA.. AMIN...

TELEFON BIMBIT & BUNUH DIRI

Aku sudah bosan, muak, menyampah dan cuak melihat situasi yang sama. Situasi apa pula kali kumaksudkan? Inilah yang kumahu katakan - SITUASI CUBAAN MEMBUNUH DIRI GARA-GARA TELEFON BIMBIT. Kadang-kadang mahu aku 'membaling' telefon manusia di luar kenderaan mereka. Kenapa? Aku benar-benar pantang melihat segelintir manusia cuba mencari pasal untuk membunuh diri sendiri. Aku BENCI kepada mereka yang menggunakan telefon bimbit ketika memandu kenderaan di jalan raya!

Tidak bolehkan mereka berhenti di mana-mana tempat yang sesuai jika mahu menggunakan telefon bimbit? Tidak usahlah mengada-ngada menggunakan telefon bimbit sewaktu memandu kenderaan. Aku tidak suka dengan perbuatan negatif ini. 

Hentikanlah perbuatan anda yang sengaja mencari maut hanya kerana gara-gara telefon bimbit. Tidak ada gunanya anda beria-ia menjaga kesihatan tetapi pada masa sama anda gagal menjaga nyawa anda sendiri. Mohon, jauhkanlah SITUASI CUBAAN MEMBUNUH DIRI GARA-GARA TELEFON BIMBIT sewaktu memandu kenderaan. Anda mampu mengubah segala-galanya! 

HATIKU TERLUKA!



Hatiku terluka pabila ada bicara berwarkah mengguris perasaanku ketika ini. Kejadian ini berlaku apabila bermula paparan drama kehidupan kunyatakan kepada Insan 1 tentang yuran semester duaku ini. Kali ini yuran semester perlu diisi dengan huluran RM 600. Raut wajah Insan 1 dihadapanku diam.

"Mahalnya yuran kena bayar!" aku jadi sepertinya, diam. Tidak tahu bagaimana  untuk bersuara kerana aku memahami pemikiran Insan 1 ketika ini. Datang Insan 2 menyampuk perbualan kami dan bertanya apa yang sedang kami bicarakan. Insan 1memberitahu yuran semester 2 kepada Insan 2.

"Kenapa kita tidak selidik elok-elok sebelum nak sambung belajar di situ? Menyesal pula kerana tidak hantar ke ILP sahaja. Di situ lebih murah,Insan 1 bersuara dengan nada kekesalan. Benar aku terasa dengan kata-katanya. Itu tempat yang kusanjungi untuk kutuntut ilmu dengan lebih tinggi. Mengapa harus dipersoalkan? 

"Belajar tapi tidak membantu tiada guna juga!" aduh, aku terasa lagi. Sebak. Sedih. Kecewa. Terkilan. Kini semuanya menjadi satu emosi menguasai fikiran dan hatiku. Sekarang, aku benar-benar direndah-rendahkan oleh pemandangan Insan 1terhadap kehidupanku. Duhai Insan 1, inikah janjimu dahulu dengan bait-bait indah yang kamu katakan akan sentiasa menyokong aku  tika aku berjaya menyambung pelajaran pada tahap lebih tinggi? Masih kuingat lafazmu yang berjanji denganku ketika aku berusia 17 tahun. Sekarang, aku berusia 22 tahun kembali datang menuntut janjimu tetapi kamu lupa wahai sayangku :-( . Janji itu tidak semanis madu yang jernih kerana kejernihan itu sudah menjadi titisan air mata berkelopak dimataku. Ya, hatiku terluka!

Kenapa perlu dipersoalkan disaat aku mahu merasainya sekarang? Inikah janji manusia untuk memberi peluang sebenar-benarnya? Jawablah Insan 1. Ini semua gara-gara manusia yang tidak berguna itu! Aku menjadi marah mengingatkan manusia tidak berguna itu! Alangkah syukurnya jika manusia tidak berguna itu bijak menafsir dan menilai sebuah erti kehidupan yang sebenarnya. Sayang, manusia tidak berguna itu gagal sehingga tempias badinya makin hampir melekat dengan kehidupanku pula.


Sewaktu manusia tidak berguna itu belajar dan belajar sehingga peringkat tinggi dengan menambahkan lagi 1 'ekor'nya menjadi 2 'ekor' jelas dia sudah berilmu tinggi. Aku tidak sepertinya kerana itulah aku juga mahu memiliki 'ekor' sepertinya. Aku akui aku kekurangan ilmu menyedarkan aku memiliki ilmu sangat penting dan aku juga nekad untuk belajar tinggi sepertinya. Insan 1, ketika manusia tidak berguna itu belajar tiada kudengar  rungutan dari bibirmu walaupun bayaran pengajiannya lebih jauh beza dengan pembayaran pengajianku. Pengajiannya lebih mahal menyebabkan beribu-ribu duitmu sudah ditaburkan. Tika aku baru melangkah menapak ke gedung ilmu yang kusanjungi sudah ada rungutan darimu walaupun ribu sahaja kau taburkan untukku. Salahkah aku untuk merasai kenikmatan menuntut ilmu seperti manusia tidak berguna itu? Katakanlah kepadaku kerana kelopak mataku kian jernih menanti dipecahkan bila-bila masa sahaja. Biarkan aku di tempat kebingungan keseorangan. Aku mahu sendirian.


Hatiku terluka lagi. Tidak mengapa akan kupujuk hatiku kembali sembuh. Tidak sanggup aku berlama terluka keranamu. Aku masih menyayangimu seperti dulu duhai Insan 1. Terima kasih :-)

PERJALANAN BALIK KAMPUNG



Pukul 4.15 petang dengan tarikh 28/01/2011 aku bersama Joe pergi ke KTM BANK NEGARA kemudian menapak sehingga ke KL SENTRAL. Sementara menunggu my sister, Sis Long  kami singgah mengisi perut dengan donut di DUNKIN" DONUTS. Perghh, memang layanlah cuz sebenarnya aku lapar. Hehe. Pukul 5.00 pm lebih baru Sis Long datang ke KL SENTRAL. Terpisahlah pertemuan aku dengan Joe di situ. Sebelum itu, aku memeluk Joe dengan ucapan thanx sangat2 sebab sudi menemani aku ke KL SENTRAL :-)

Seterusnya, kami ke destinasi di TAMAN MELATI pada pukul 6.00 pm. Kami naik teksi pula menuju ke PLAZA IDAMAN dan singgah di McDONALD untuk makan. Yummmy! Nikmatnya pabila dapat mengigit burger McChicken bersama black pepper yang banyak kutaburkan.. Ya, aku gilakan black pepper! Hehe. So, sekali lagi kami menaiki teksi pergi ke STESEN GREENWOOD kerana disitu destinasi yang membawa kami kembali ke TERENGGANU, yahooo! :-). Pukul 8.30 pm barulah kami kami menaiki bus dan bertolak pada pukul 8.45 pm dimulakan dengan doa memohon perlindungan dariNYA. 

Perjalanan kami berhenti di MERAPOH, PAHANG untuk makan dan sebagainya. Kami memilih untuk makan Laksam sahaja untuk sekadar mengisi perut secara sederhana. Sudah pukul 4.00 am lebih, aku menerima mesej dari Asean. Mesejnya bertaip begini :

"Umi, da sampai mn dah? np xmsg2. risau.. aku xtido2 lg ni.."

Haha, thanx sangat2 Asean kerana take care tentang aku walaupun aku sudah meninggalkan kota KUALA LUMPUR. Lantas ku balas mesejnya katakan aku masih dalam perjalanan. Jika aku sudah tiba di TERENGGANU akan kukirimkan mesej kepadanya sekali lagi. Pukul 5.20 am, kami berhenti di stesen MACHANG, KELANTAN  dan menunggu mak dan ayah menjemput kami balik ke rumah. I miss my home sweet home! Alhamdulilah, syukur kepadaNYA kerana memberi perlindungan untuk kami selamat tiba di rumah dengan keadaan yang benar-benar 'sihat'. Alhamdulilah :-)