02 January 2011

SURAT KIRIMAN ASWARA

Muka depan

Muka belakang

 Mata  masih lagi tertutup bagai digam. Adik bongsu menyedarkan aku dari tidur. 

“Kak Chik, ada surat!” 

Aku membuka mata yang masih mamai apabila tertera nama aku di sampul putih.  Ada tanda cop dari ASWARA.  Kak Long aku pula lebih-lebih beraksi mahu mengintai apa ada dalam perut surat di tanganku. Aku membuka sampul putih di hadapan Kak Long dan aku membaca surat kiriman ASWARA untuk aku.

“Hurmm, surat pendaftaran! Aku ingatkan surat bagitahu result exam semester 1 engkau!”

Hampeh. Itu sahaja aku dapat nyatakan memahami kata-kata Kak Long. Haha! Aku membaca penuh teliti surat berwarna kuning muda bersama ada lambang calitan emas di logo ASWARA. Beberapa hari sahaja lagi aku akan meninggalkan tanah Terengganu untuk kembali bersayap di Kuala Lumpur. Tunggu sahaja detiknya walaupun hati bergundah masih mahu di sini bersama keluarga tercinta!
Post a Comment