03 January 2011

SELAMAT TINGGAL 2010


Beberapa detik jarum  jam akan menginjak tepat pukul 12.00 malam. 31 Disember 2010. Sayang pula mahu melepaskan kenangan 2010. Banyak kenangan aku dan suka duka memang terpahat di hatiku. Kenangan manis pasti apabila :

  • Pertama kali mendapat gaji yang banyak ( rahsia) walaupun tidaklah segempak sangat. Gembira bersama di kelompok syarikat AJIS dan I-LINE. Maklum sudah aku masih bergelar pelajar. Apa lagi dapat duit terus mahu beli itu ini. Haha.
  • Terima panggilan dari ASWARA. Dikehendaki menghadiri temuduga kemasukan ASWARA 2010/2011 di JKNN Terengganu. Alhamdulilah, surat kiriman ASWARA datang juga di rumah aku. Aku lulus temuduga dan layak menyambung pelajaran di ASWARA. Sabar, aku ingin menjadi anak seni yang professional dan terbilang. Insya Allah.
  • Memiliki teman-teman seperjuangan di ASWARA. Paling gembira dan bersyukur aku juga memiliki ‘keluarga’ iaitu WANNABEYU serta beberapa orang adik yang seiring menyinarkan lagi kehidupan aku.

Kenangan pahit apabila :

  • Bekerja di sebuah syarikat yang sangat gah dengan jenama tersendiri. Kecewa, sedih, bengang dan marah apabila pengurusan sangat tidak bersopan, tiada adab dan lebih senang KURANG AJAR. Sungguh, aku menyesal bekerja di kedai kain yang hipokrit! Ada sahaja penipuan konon ada harga diskaun tetapi sebenarnya tidak sebab setiap hari harganya TETAP sama. Hati-hati ya!
  • Result oh result!  Bengkak mata aku kerana bersedih gara-gara result yang telah menghancurkan impian aku!
  • Pemergian orang tersayang. Al-Fatihah buat arwah datuk tersayang, Tok Cik.
  • Pergelutan berkongsi bersama dua jiwa. Tiada keihklasan sebenar-benarnya ( hanya aku dan Allah sahaja yang tahu) dan tiada fahaman dari si dia. Nekad, aku mahu kembali hidup solo. Mahu bebas merungkai hidup keseorangan tanpa nama SANG KEKASIH. Ya, aku kembali berstatus SOLO dan BUJANG:-).
  • Ada juga manusia mahu menghancurkan saudara seagamanya. Lebih kasihan dia masih buta mencari jalan benar gara-gara nafsu syaitan. Ya Allah, dugaan tetap dugaan. Aku mahu kasi tahu tidak semudah itu orang boleh menjatuhkan maruah diri aku. Jika mahu memandang dengan hina, berbicara kesat, menyindir, menuduh, memfitnah dan apa-apa sahaja aku tidak gentar. Maruah aku disisi ALLAH dan bukan ditangannya. Mengertilah!

2010 – CABARAN dan DUGAAN telah aku hadapi. Terima kasih 2010. Selamat Tinggal!

Post a Comment