11 January 2011

RESULT & KAKI



Bertarikhkan angka berawalan bentuk ganjil  3/1/2011 bersama sisipan heningan angka waktu malam pada pukul 9.50 malam. Selesai membasuh pinggan segalanya aku kembali ke bilikku ‘mencuit’ telefon bimbit Nokia milikku. Ada mesej. Bukan satu tapi dua, dari siapa ya? Oh, mesej dari teman ASWARA yang seakan-akan berbunyi begini :

Salam, result dah keluar. Dah tengok belum? – Daus

Result dah keluar. Boleh Check – Eeka

Dud dap dup dap jantung ‘lincah’ mendebarkan emosi aku apabila menerima kedua-dua mesej itu. Aku menjenguk Kak Tih di dapur bersama gelak tawanya di hadapan laptop yang dihiasi warna biru + putih : FACEBOOK. Entah apa yang lucunya malam-malam begini. Sudahlah duduk seorang sahaja di dapur tanpa teman. Aku datang kepadanya. Oh, bergelak tawa dengan teman-teman di ruang chatting FACEBOOK. Sudah, aku minta mahu menggunakan laptop tapi yang dijawabnya ialah MEMBEBEL. Haha! Sekali lagi aku minta untuk melihat result exam dan dia mengalah. Yes! Hehe. Lafaz kalimah Bismilah aku iringi apabila aku klik mahu melihat keputusan peperiksaan di ruang portal pelajar. Mata aku memang seperti digam melekat di skrin laptop dan sekarang aku begitu teruja untuk tersenyum lebar malam ini, hehe. Alhamdulilah, result aku okey dan semua subjek lulus dengan baik punyer. Alhamdulilah!

                Teringat pula aku dua manusia yang menjadi pengikat hati dalam hidup aku : MAK dan AYAH. Aku berlari riang bersyukur kerana result aku okey dengan baik. Laju sahaja aku berlari ribena ingin mendapatkan Mak dan Ayah di ruang tamu dan…. Aduhhh!! Lompatan larian ribena sebentar tadi tidak menjadi. Aku jatuh tepat di hadapan Ayah yang sedang tidur di kerusi malas. Emak sedang membaca surat khabar terkejut melihat aku terjatuh. Begitu juga Ayah. Aduhaaii, MALU + SAKIT! Haha. Cover malu beb sikit dengan Mak dan Ayah. Aku berpura-pura bangun dengan cool walaupun aku rasa sudah beribu-ribu kerutan terlukis di wajah aku yang menahan kesakitan. Kaki kanan dan kiriku terseliuh dengan jayanya! Aduh……!

                Aku memberitahu tentang result aku kepada mereka. Senyum. Ya, emak dan Ayah tersenyum apabila menerima khabar baik dari aku. Aku pun tersenyum. Eh, bukan tersenyum tapi tersengih kerana gembira, malu dan menahan sakit gara-gara lompatan sengal tadi. Cepat-cepat aku mahu ke bilik dan aku mula berjalan dengan terhincut-hincut. Kaki kiriku sudah okey dan kaki kananku mula membengkak! Nampak gayanya malam ini aku menjadi ‘doktor’ menyapu minyak gamat di kaki kanan yang sedang membengkak dengan cantik sekali, hehe.

Post a Comment