03 January 2011

POT PET POT PET!

Pukul 8.45 pagi bertarikhkan hari ini iaitu 3 Januari 2011. Aku, Kak Tih dan nenek, Mak Tua pergi rumah nenek sepupu berdekatan dengan kampung arwah atuk aku. Setibanya kami di sana memang jalan tak usah diceritakan lagi. Jalan berlumpur, lecak dan tetap unggul warna merah cuba memalit di kereta Proton Wira hitam kami. Kami tidak kisah kerana pandangan mata kami lebih tenang, sejuk dan damai memandang 'padang hijau' sawah padi melambai menyambut kedatangan kami. Aku tersenyum bangga. Ini kampung kelahiran tercinta aku :-).


Kami datang di sebuah rumah kayu yang bentuknya tidaklah besar. Hanya kecil. Ada beberapa orang wanita yang berusia hampir sebaya dengan nenek aku berbual di tangga. Senang cerita nenek aku mahu berjumpa dengan adik iparnya, Tok Nah untuk bertanyakan tentang plan nenek,Tok Nah dan Tok Wan mahu kembali di Madrasah mereka.


Nenek     : Pukul berapa mahu pergi Madrasah?

Tok Nah : Sekarang (Jam pukul 9.45 pagi). Kak Chik pula?

Nenek : Petang ini. Sekarang mahu pergi rumah anak aku kemudian nak pergi bandar pula. Ada barang penting nak dibeli.

 Tok Nah : Ish, kenapa pergi petang? Pergilah sekarang!


Sekarang wajah aku dan Kak Tih sudah berubah tegang. GERAM. Suka hati nenek kami mahu pergi pukul berapa. Tak usah dipaksa-paksa. Nenek bukan budak kecil mahu disuruh itu ini.


Nenek : Sekarang tidak boleh. Lagipun ayah budak-budak ni sakit. Semalam muntah. Lepas pergi bandar terus nak pergi amik ayah mereka.

Tok Wan : Alah ada saja alasannya. Balik rumah sebab nak jumpa anak, cucu lepas tu ada yang sakit. Demam, muntah pulak...Padahal sengaja nak lengah-lengah pergi  Madrasah!


Nenek diam. Tidak tahu bagaimana nak memberi alasan tepat. Aku memang sudah geram. Pantang aku orang cuba 'main-mainkan' nenek. Kak Tih juga diam. Mungkin dia juga marah tapi masih bijak mengawal emosinya depan mak cik-mak cik kampung ini.


Aku : Bukan nak berlengah masa tapi sekarang memang kami tak boleh pergi hantar nenek Madrasah pagi ini. Petang ini juga boleh hantar. Hari yang sama jugakan? Lagipun barang nenek ada yang belum dikemas. Pakaian nenek yang dijemur belum kering dengan elok. Ini masih waktu pagi lagi matahari pun belum dapat bersinar dengan panas. Kalau nak dihantar juga elok pergi dengan emak kami sebab biasanya emak yang akan uruskan nenek nak pergi Madrasah.


Semua diam. Senyap. Sunyi. Aku sambung lagi bicara aku yang memang sudah aku susun rapi mahu 'menyerang' serangan mak cik-mak cik kepoh tadi.



Aku : Memang tidak boleh pergi sekarang sebab kereta yang kami guna untuk persediaan kecemasan ayah. Ayah sakit. Sudah dua malam berturut-turut ayah muntah. Muka dia pucat. Kami sekarang tengah membuat persediaan kalau ayah jatuh sakit teruk terpaksa kami hantar ayah ke hospital. Sakit ayah tidak boleh dibuat main-main. Sudah beberapa tempat usus dalam perut ayah ditampal oleh doktor untuk mengawal dari kebocoran darah. Sakit ayah 'bahaya'. Bila-bila masa sakit dia datang tambah-tambah lagi keuzuran ayah jelas mula ada. Nanti sampai juga nenek petang ini. Jangan risau.


Nah, puas aku bersuara! Bukan mahu berkurang ajar dengan mak cik-mak cik ini. Aku sangat menghormati mereka dan mereka juga perlu menghormati orang muda seperti aku. Jika terlalu melampau aku terpaksa bersuara dengan tegas juga. Kesihatan ayah lebih penting. Aku sayang ayah. Ayah kandung hanya seorang bukan dua, tiga, empat... Kalau ada ayah pun bukan darah kandung yang sebenarnya sebab itu aku menghargai insan bernama ayah. 


Sekarang mak cik-mak cik ini diam mendengar suara aku 'membebel', haha. Tidak tahu lagi cara untuk 'menyerang' nenek. Aku tersenyum puas kerana dapat mempertahankan nenek di depan mereka, Aku juga mahu berpot pet pot pet seperti kalian. Maaf ye mak cik-mak cik :-)
Post a Comment