03 January 2011

SELAMAT DATANG 2011


1 JANUARI 2011. Wahh, selamat datang 2011. Semua orang ternanti-nantikan kemunculan 2011 dan begitu juga aku. Seakan-akan tidak percaya tahun 2010 sudah menjadi tarikh bersejarah selepas kelahiran 2011. Sudah, tentu ramai mempunyai azam tersendiri termasuk aku. Azam 2010 sudah ditolak ke tepi,haha. Aku mengira-gira bilangan azam 2011 pulak.Hehe.

AZAM 2011 :

    • Mahu ganti puasa cepat-cepat. Jangan melengah-lengahkan masa kerana di akhirat menghitung kewajipan melaksanakan perintah ALLAH.
    • Mahu belajar bersungguh-sungguh dan memiliki pointer yang cemerlang dan terbaik.
    • Mahu kurus! Hehe.. Moga-moga azam ini berjaya dengan jayanya.
    • Ingin menjadi manusia yang berguna dan matang dalam pemikiran kehidupan. Moga-moga aku lebih berpandangan luas menempuhi cabaran hidup 2011 ini.
    • CINTA? Hurmm, nanti dulu. Jika ada jodoh dari ALLAH menghadiahkan seseorang dari hidup aku sudah tentu aku menghargainya. Jika tiada untuk tahun ini aku juga biasa. Tidak mahu tergesa-gesa, kelam-kabut dan terdesak mencari CINTA kerana cinta itu datangnya milik dari ALLAH S.W.T jua
    Post a Comment