16 January 2011

MIMPI AYAH



Aksi aku tidur gamaknya ketika bermimpi, hehe..

Semalam. Sebelum tidur sudah bibir kubasahkan dengan ayat suci kalimah ALLAH S.W.T agar mendapat ketenangan, keberkatan dan perlindungan dariNYA. Mataku dirapatkan agar terpejam lena seindah khayalan mimpi yang sering menghiasi tidur malamku. Aku mimpi lagi. Mimpi tentang AYAH. Dalam mimpi itu, aku bersama AYAH dan adik-beradikku sedang mencari destinasi yang tidak tahu ke mana kami ingin tuju. Terlalu lama sehingga AYAH meminta kami berhenti berehat sebelum meneruskan destinasi kosong itu. Benarkah destinasi itu kosong? Aku juga tidak tahu. Akhirnya, perjalanan destinasi kami tiba jua walaupun AYAH kepenatan. AYAH tersenyum bahagia apabila kami tiba di suatu tempat yang indah tetapi aku tidak tahu apakah tempat itu. Lama, AYAH memeluk kami semua dengan erat dan mengucapkan terima kasih kepada kami kerana mengiringinya mencari destinasinya walaupun perjalanan jauh dan... Aku terbangun dari tidur.


Aksi aku selepas tersedar dari mimpi..

Aku mencelik mataku dan kedengaran suara teman sebilikku yang agak kepoh dan meriah. Sudah pagi rupanya. Aku melihat Eeka yang tidur di sebelah aku masih didodoi tidur yang lena. Aku diam. Aku masih lagi melayangkan fikiran bermimpi tentang AYAH. Entah mengapa sayu hati aku apabila teringatkan AYAH yang jatuh sakit lagi di kampung. Benar, aku seringkali rindu akan AYAH dan sering kerisauan dengan sakitnya. Aku masih mahukan AYAH. Semoga ALLAH S.W.T memurahkan rezeki ayah agar umurnya masih panjang, Amin..
Post a Comment