11 January 2011

KLINIK GIGI

Selesai menemani Ayah ke kedai kaca mata, Kak Tih menghantar aku di klinik gigi. Mulanya Kak Tih mahu menemani aku tetapi terpaksa menghantar Ayah ke kedai gunting rambut pula. Terpaksa juga aku keseorangan di klinik gigi buat kali pertama. Ya, aku memang penakut apabila kakiku menapak ke klinik gigi tambah-tambah lagi emak, adik atau kakak-kakakku tiada di sisi aku sekarang. Aku kuatkan semangat walaupun jantung bagaikan mudah sahaja direntap kerana terlalu berdebar-debar, hehe.

                Doktor lelaki yang berusia 40 lebih pada anggapan aku menyuruh aku berbaring di atas kerusi yang sedang bercahayakan lampu menyinari muka aku ketika itu. Aku mahu ‘membaikipulih’ gigi aku dan doktor itu meminta ingin menyuntik untuk menghilangkan ‘kesengalan’ di gigi aku yang ingin ‘dibaikipulih’. Aku terkejut. Sudah, aku memang takut dengan jarum dan boleh pula doktor itu dengan bersahaja dengan gayanya memegang jarum di hadapan aku.

                “Tak nak!” kata aku pantas. Huh, tengok jantung aku sudah berdebar-debar melihat jarum yang tajam di tangan doktor itu. Doktor itu terkejut dengan reaksi aku yang agak sengal, haha. Iyalah aku bukan mahu gigiku dicabut tetapi hanya ingin ‘dibaikipulih’ sahaja.

                “Saya tak nak cucuk!” kataku lagi dengan tegas walaupun sebenarnya aku ialah perempuan yang penakut dengan jarum, haha! 

Doktor lelaki itu akur dan tertawa melihat aku laju sahaja katakan ‘ Tak Nak!’, hehe. Lega juga apabila pujukan doktor itu tidak berjaya memujuk aku disuntik dengan jarum yang cukup menyakitkan bagi aku. Bermulalah proses ‘membaikipulih’ gigi aku dengan jayanya. Doktor itu seperti berfikir kehairanan  apabila tiada suara aku ‘mengadu’ sakit. Sebenarnya, sewaktu proses ‘membaikipulih’ gigi ketika itu aku sangat mengantuk. Bosan juga ada. Menunggu gigi ‘dibaikipulih’ dengan jayanya oleh doktor itu. Selesai proses itu, aku tersengih gembira kerana doktor itu berjaya ‘membaikipulih’ tanpa cucukan jarum tajam. Doktor itu juga tersenyum. Terima kasih, itu ucapanku kepadanya. Aku keluar dan menunggu namaku dipanggil untuk membayar bil. Ya, ini memang klinik gigi swasta dan aku lebih selesa menggunakan khidmat mereka. Paling penting, layanan dan perkhidmatan yang diberikan adalah selesa, baik dan mesra.
Post a Comment