15 January 2011

KESUSASTERAAN MELAYU

SULALATUS SALATIN

Hampir tiga tahun lebih aku telah meninggalkan subjek kesayanganku 'KESUSASTERAAN MELAYU'. Sungguh aku rindu mahu kembali bersama dengan subjek ini. Aku rindu mahu berilmu dengan dua orang guru idolaku yang sudah tentu namanya Cikgu Wan Addenan dan Cikgu Noraklima. Imbas kembali sebelum aku bertemu dengan subjek ini, aku berasal dari sekolah agama sejak tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Lima tahun aku mengikat diri di sekolah agama antaranya Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut dan Sekolah Menengah Agama Ittifakiah, Jerteh. Tamat aku menduduki SPM aku mendapat dua tawaran dari sekolah menengah biasa dan sekolah menengah agama untuk tingkatan enam. Oleh kerana aku sudah lama terikat dengan sekolah agama aku memilih sekolah menengah biasa walaupun emak agak gusar. 

Akhirnya, aku memilih Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nering sebagai sekolah ketigaku untuk tingkatan enam. Ya, di sini pertemuan antara aku dengan subjek KESUSASTERAAN MELAYU. Aku memilih subjek ini dengan kerelaan hati tanpa bukan paksaan biasa ( maklum sudah ini kali pertama aku belajar subjek ini dan di sekolah agama tiada). Alhamdulilah, aku mampu menyelami subjek ini dengan baik. Syukur. Ketika ada teman yang merungut dan bersusah hati kerana bimbang tidak dapat mengikuti subjek ini aku pula tiada masalah. Aku lebih teruja, tenang dan sangat terhibur mempelajari subjek ini. Aku senang dengan KESUSASTERAAN MELAYU sehingga cikgu juga mampu tersenyum dengan aku kerana memiliki keputusan peperiksaan subjek ini dengan cemerlang. Ya, sekali lagi syukur :-).


Kini aku sudah agak sedikit 'jauh' dengan subjek ini. Aku rindu untuk berkarya dengan tokoh, penulis dan sudah tentu dengan karya Sulalatus Salatin yang bagi aku terlalu hebat. Sebagai langkah terbaik, aku membuat keputusan untuk menyambung pelajaran di ASWARA. Ya, sekali lagi syukur. Aku lulus dan terpilih menjadi warga ASWARA sedangkan untuk memasuki pintu gerbang ASWARA agak sukar jika tiada usaha yang baik. Sekarang aku mahu belajar bersungguh-sungguh dan jika ada rezeki aku mahu lagi bersama KESUSASTERAAN MELAYU kembali. Amin...
Post a Comment