11 January 2011

KENANGAN RUMAH KAYU




Sebelum aku ingin menghantar sepupuku ke rumahnya kami singgah melalui perkampungan rumah arwah atuk aku, Tok Cik. Sungguh, aku rindu akan rumah kayu itu. Di rumah itu aku membesar dengan kenangan suka duka bersama Tok Cik. Aku akui aku sering membuat Tok Cik tidak senang duduk kerana aku agak nakal juga masa kanak-kanak ribena. Marah-marah Tok Cik aku tahu dia memang sayang akan aku juga. Sekarang rumah itu tidak kosong. Ada penghuni baru. Sewaktu aku berhenti melawat rumah kayu itu pintu rumah terbuka luas. Ada motor. Ada helaian baju tergantung di luar pintu rumah. Nampaknya aku tidak ‘bebas’ lagi untuk singgah di rumah kayu itu kerana disewa oleh penghuni baru pula. Terpaksa aku ‘mengintai’ rumah kayu di luar pagar dan di dalam kereta Proton Wira yang dipandu oleh aku. Sebak. Sekali lagi rindu dengan rumah kayu itu. Al-Fatihah buat Tok Cik.
Post a Comment