03 January 2011

JALAN-JALAN LAGI

Gerai di pantai







Bertarikhkan 1 Januari 2011. Pukul 12.00 lebih tengah hari aku menerima mesej dari seseorang – AYAH. Mesejnya seakan-akan berbunyi macam ini : Pukul 2.30 petang semua sudah bersiap hendak keluar. Siapa lambat memang kena tinggal. Haha! Ayahku, Cik Dam Hensem bajet hantar mesej semua kepada anak-anak seperti dalam aksi rancangan reality tv pulak walaupun kami semua ada dalam satu rumah.


Pukul 3.00 juga kami sekeluarga seramai lapan orang mahu berjalan-jalan. Satu kereta proton Wira berwarna hitam dan satu kereta Kembara merah beroda di jalan raya. Kami sampai di pantai Bukit Keluang. Tidak ramai orang di pantai sekarang. Deretan gerai makanan dihiasi wajah penjual sedang menunggu pembeli singgah di gerai mereka termasuk kehadiran kami sekeluarga.


Pantai Bukit Keluang ada dua. Satu di depan dan satu di belakang. Sekarang kami berada di pantai bahagian depan. Ombak laut riang beralun walaupun kadangkala ganas mahu membasahi bibir pantai yang semakin terhakis. Aku dan Kak Long apalagi sudah ‘menggilakan’ wajah kami disnap gambar oleh kamera, hehe.Ya, pantai semakin berubah. Pasir semakin terhakis dan warna air laut juga tidak lagi jernih. Ada cemaran laut. 


Kami pergi pula pantai di belakang. Sama juga suasananya. Pantai sudah tidak cantik seperti dulu. Tidak seindah dan sejernih pantai  sekarang. Sedih. Air laut memang jelas sudah berubah menjadi warna lain. Aku terasa seperti di sungai pula.  Awan berubah mendung kegelapan. Mahu hujan. Rintik-rintik air hujan membasahi pantai. Kami pulang dan aku mahu singgah lagi di pantai. Moga keindahan pantai kembali seperti dulu. Aku rindu pantai kesayanganku sejak kecil lagi. Ya, rindu!
 
Post a Comment