03 January 2011

AYAH


Kasihan! Wajah pucat menghiasi  raut wajah seorang lelaki berusia lima puluh hampir. Dulu tubuhnya gemuk dan berisi ( bahagia bersama emak tercinta, hehe). Itu dulu. Sekarang sudah lain. Tubuhnya semakin kurus dan jauh benar ‘isi’ tubuhnya dulu dan sekarang. Kasihan…

Sudah dua hari ayah sakit. Sakitnya bukan biasa tapi luar biasa. Semalam ayah tidur berbaring di tilam sambil diurut oleh emak. Kasihan. Ayah betul-betul jatuh sakit lagi. Pucat dan jelas kesakitan bertitik-titik di mukanya. Hampir pukul 8.30 malam aku keluar bersama Kak Tih dan adik ke Jerteh untuk membeli ubat gastrik ayah. Kata ayah, ubatnya sudah kehabisan yang sememangnya mendekati tarikh luput. Mujur  di Klinik Kota Bharu, Jerteh ada ubat yang ingin dibeli itu ada di situ. Tidaklah gusar kami mencari ubat itu di tempat lain.

Balik di rumah hampir pukul 9. 15 malam. Terus sahaja aku memberi segelas air kosong dan sebiji pil berwarna merah dihulurkan kepada ayah. Aku mahu ayah cepat sembuh dan sihat kembali jika diizinkan olehNYA, AMIN..

Kasihan lagi. Ayah muntah. Muntah. Muntah. Tiga kali ayah muntah di kerusi malas kesayangannya. Di sisi ayah ada emak dan Kak Tih. Kak Long sudah tidur di dalam bilik ( memang hobi Kak Long tidur awal – Pukul 10.00 malam ). Pukul 12 lebih aku mula menguap mengantuk. Mahu tidur dan ayah juga sudah kembali tidurnya walaupun tidurnya terganggu. Selamat malam ayah. Semoga cepat sembuh.




Post a Comment