11 January 2011

AYAH LAGI


Pagi ini aku bersama Kak Tih menemani Ayah di kedai kaca mata. Kata Ayah matanya sakit dan pedih. Semalam Ayah sukar ingin melelapkan matanya kerana matanya terlalu pedih. Kenapa Ayah? Aku mula kerisauan. Dua tiga hari belakangan ini Ayah jatuh sakit dan aku memang risau dengan kesihatannya. Kelmarin Ayah sakit perut gastrik sekarang dia diserang sakit pada mata kanannya. Ayah berjumpa dengan doktor yang berkerja di situ.  Akhirnya Ayah sakit mata bukan kerana pemakaian kaca mata tetapi paras gula yang agak tinggi. Ya, paras gula Ayah di tahap 22 menyebabkan peluang mata Ayah sakit memang mudah. Aku diam, tidak tahu untuk berkata-kata. Lebih risau dan menakutkan apabila Ayah menyatakan bahawa setiapa objek yang dilihatnya sudah menjadi dua. DUA? Tidak, objek itu hanya satu sahaja. Ternyata mata Ayah sudah bermasalah sehingga menambahkan lagi satu objek menjadi dua.  Kata Ayah lagi dia tidak dapat melihat objek itu dengan baik. Ada silauan cahaya. Ayah….!

Post a Comment