28 January 2011

BERKARAOKE DI RED BOX RIA

Kisah Berkaraoke di Red Box Ria diimbas kembali apabila aku bersama student Fakulti Penulisan sedang menghadiri perjumpaan fakulti bersama Dekan. Sewaktu perjumpaan ini dilangsungkan Asean mengajak aku berkaraoke petang ini (pukul 5.00 petang). Aku katakan kepadanya aku tidak tahu sama ada dapat mengikutinya bersama Nadiah dan Ain atau tidak untuk berkaraoke. Pukul 5.15 pm aku ada meeting bersama Produksi 'Rumah Manusia' untuk PETA my senior. Tidak lama meeting PETA dan pukul 6 juga aku kembali ke hostel. Oleh kerana meeting tidak lama aku bersetuju untuk pergi bersama mereka berkaraoke. Oops, bukan aku juga tapi Anith & Edd juga turut sama ikut.

Sampai di Sogo, kami bersama abang angkat Nadiah iaitu Pakya Begon (nama FB) menuju tingkat tujuh menempatkan RED BOX RIA. Hampir 20 minit juga kami menunggu untuk masuk di situ kemudian barulah kami diberikan sebuah bilik bernombor 27. Apalagi kami semua mula jadi 'gila' berkaraoke, hehe.. Hampir setengah jam muncul pula adik Pakya Begon dan kawannya di bilik karaoke kami. Tak lama kemudian datang lagi  dua orang lelaki dan seorang perempuan (kawan Pakya Begon) ke bilik karaoke. Memandangkan kami semua terlalu ramai kami berpindah bilik pula iaitu bilik bernombor 45. Sungguh, aku sangat happy dan enjoy berkaraoke bersama mereka apatah lagi Pakya Begon cukup sporting melayan karenah kami yang gila-gila sangat.. Haha!

Ini senarai antara beberapa buah lagu pilihan aku sewaktu aku berkaraoke :-
  • Tiga Malam Tanpa Bintang (Fiq Mentor)
  • Dari Kekasih Untuk Kekasih (Hattan)
  • Tinggal Kenangan (Saleem)
  • Diam Diam Jatuh Cinta (Ramlah Ram)
  • Kesal (Ella)
  • Oops I Did It Again (Britney Spears)

Sebenarnya ada lagi beberapa buah lagu tapi aku sudah lupa dek terlalu banyak berkaraoke, hehe. Masa berkaraoke aku juga berduet bersama mereka. Happy & enjoy sangat-sangat! Apa-apa pun thanks kepada Pakya Begon kerana menjadi penaja utama kami berkaraoke di RED BOX RIA hari ini. Terima kasih sekali lagi ye Pakya Begon. To Pakya Begon, Umie wakil teman-teman Umie mintak maaf kalau kami terlebih karenah yer tanpa disedari gara-gara syok berkaraoke.. Sebelum berundur aku sisipkan beberapa gambar  untuk tatapan korang semua..


Aku bersama Ain Chelsea

Hehe, sempat lagi bergambar dengan Cik Abang kesukaanku

Aku, Edd & Nad

Haha, tengah menunggu untuk berkaraoke

Happy sangat.. Kan Asean & Ain?

Mangsa keadaan karaoke terkejut dunia karaoke yang gempak, haha

Anith & Nad

Nad & Pakya Begon

Jeng jeng, aku dan Anith jadi back up lagu Korea Ain, hehe

WAANNABEEYU - FILEM KHURAFAT

Pukul 2.00 petang kami iaitu family WAANNABEEYU bersama dua orang lagi teman bersiap mahu bersinggah di Mid Valley hari ini. Kami seramai 12 orang sang gadis memasuki KTM Bank Negara mahu meneruskan destinasi WAANNABEEYU'S FAMILY DAY berwajah ceria, mesra dan happy sangat. Aku lagi bersemangat mahu berjalan-jalan hari ini dengan semangat berkobar-kobar make-up itu ini bagaikan nak pergi majlis kahwin pulak.. Hehehe.. Apa-apa pun sebelum itu aku nak ucapkan thanks sangat-sangat to my baby boy, EDD LUIGI sebab baik hati share tiket free kepada aku. Eh, bukan share dengan aku je tapi dengan ahli family kami yang lain. Thanks juga my abi, EEKA AZMI kerana share tiket free untuk kami semua. So, dengan mudahnya kami lapan orang akan menonton FILEM KHURAFAT dengan tiket free sahaja! :-)

Sampai di MID VALLEY kami pergi food court dulu untuk mengisi perut kami yang dari pagi lagi berkeroncong minta disuapkan makanan. Sedang aku menikmati makanan selera aku slow saja. Ohh tidak hari ini aku didatangi sang bulan merah berkibar-kibar dengan nakalnya! Mood aku juga sudah hilang gara-gara sakit perut sang gadis yang hakikatnya setiap bulan aku terasa hampir tersungkur mahu menangis, uhuk3! Aku cemburu apabila melihat teman-temanku semuanya berwajah ceria, bergura senda, bergelak tawa dan bergambar sana sini sedangkan aku sekadar mampu melihat dengan wajah muram (kesakitan melanda). Pukul 7 pm lebih barulah kami semua masuk ke cinema untuk menonton wayang FILEM KHURAFAT.

Ayuh, bercerita di bahagian menyaksikan FILEM KHURAFAT. Satu barisan kerusi dipenuhi oleh kami semua yang berjumlah 12 orang. Hebat pula aku rasa kerana kami berjaya menguasai kerusi-kerusi wayang dengan jayanya, hikhik! Sewaktu permulaan FILEM KHURAFAT dimulakan awal-awal lagi EEKA AZMI sudah terkejut dengan bunyi yang cukup gempak. Aku disebelah EEKA AZMI sudah tertawa melihat dia terkejut. Ahh, baru permulaan Shamsul Yusof sudah berjaya mengertak penonton dengan mudah, haha. Menonton FILEM KHURAFAT bagi aku sangat berpuas hati. Kenapa?


KHURAFAT BY SHAMSUL YUSOF

  1.  Bagi kami pelajar di fakulti penulisan dapat menerima plot atau perjalanan cerita yang cukup kemas dan menarik. Masakan tidaknya kami dapat memahami plot filem ini dengan beberapa 'helah' yang bijak dan adakalanya kami terpedaya dengan 'helah' itu.
  2. Penataan sound effect juga gempak. Sungguh, aku bangga melihat kehebatan filem ini mampu menghidupkan perjalanan cerita dengan bunyi yang berjaya menggertak penonton sehingga takut dan terjerit kerana terkejut :-)
  3. Barisan pelakon juga sangat kuat berjaya menghidupkan filem ini dengan baik sekali. Paling aku dapat merasai watak seorang lelaki menangis iaitu Shamsul Yusof berjaya mengalirkan air matanya walaupun aku tahu lelaki sukar menitiskan air matanya di khalayak ramai ( itu pendapat aku okey).
  4. Beberapa babak dalam filem ini juga sangat kuat dengan paparan aksi layar yang sangat gempak. Kalau nak disenaraikan babak itu tak gempak pula. So.lebih baik korang kena saksikan sendiri filem ini ok.
  5. Apa-apa pun tahniah buat Shamsul Yusof berjaya menghasilkan sebuah karya yang baik -KHURAFAT- kerana beliau merupakan seorang pengarah muda pertama kali menghasilkan filem ini sedemikian. Semoga Shamsul Yusof akan terus cemerlang dalam dunia bidangnya.
To my friends, sorry aku tak mampu menjadikan diri aku sehappy, seceria, semesra dan gila-gila seperti biasa untuk hari ini. Maybe next time ek. Okey, sebelum aku menoktahkan catatan WAANNABEEYU - FILEM KHURAFAT aku selitkan beberapa gambar yang disnap dengan jayanya :-) 


Selepas mengisi perut menunggu FILEM KHURAFAT muncul

Teman ceria bergembira tapi aku terduduk dek kesakitan punya pasal..

Aku cuba menghappykan diri walaupun sakit punya pasal

Teman yang sangat aku sayangi..

Ain & Wani.. Wani berjaya bersama kami semua hari ini..

Bersama teman yang gila-gila - Asean & Edd Luigi

Sesi luahan perasaan bersama Jowani & Anith

Babak sedih apabila Jowani kehilangan sesuatu..

Bersama Eeka Azmi dan aku sudah berjaya sedikit menjadi ceria

Bersama Yien.. Tengok mukaku yang pucat walaupun sudah dimake-up

Aku menjadi senyap tika menahan sakit..



ADAKAH ANDA KEDEKUT ILMU?

Adakah kejam aku bertanyakan korang 'ADAKAH ANDA KEDEKUT ILMU?' atau orang yang kedekut ilmu lebih kejam? Tersenyum sinis aku apabila terlayang kembali seorang insan sememangnya berhati mulia tetapi gagal memuliakan nawaitunya? Jahatkah aku menuduh dia begitu? Masakan tidak aku bisa berani bercelopar kepada dia bahawa dialah manusia layak menerima gelaran 'ADAKAH ANDA KEDEKUT ILMU?'. Terbayang lagi apabila aku melihat kesungguhan para teman teruja ingin belajar dengan pendidik yang mengajar kami namun keterujaan mereka lenyap termasuk aku. Kenapa? Mari aku senaraikan kenapa kami tidak mampu mengekalkan perkataan 'STUDY HARD' sewaktu berkuliah :

  1. Pengajaran dan pembelajarannya seperti kami masih di sekolah lagi.
  2. Sewaktu nota di slide showkan di layar putih besar tidak sempat kami menyalin notanya. Kenapa?
  3. Dia beritahu bahawa notanya tidak boleh dicopy dengan mudah. Kenapa?
  4. Soalan ke-2 & ke-3 terjawab apabila salah satu antara temanku meminta untuk salinan notanya tetapi dia tidak mengizinkan. Katanya "Kamu tidak boleh menyalin nota saya. Nanti kamu pula menjadi pensyarah dan bukannya saya."
  5. Soalan ke-4 terjawab apabila dia sememangnya layak dan lulus serta-merta dengan menerima gelaran 'ADAKAH ANDA KEDEKUT ILMU?'.
  6. Sekarang korang tahu jawapannya kenapa note di slide show dilajukan seperti tengah merempit di jalan raya KL! 

19 January 2011

LIRIK LAGU - SALEEM : TINGGAL KENANGAN




SALEEM - TINGGAL KENANGAN

Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan
Ingin ku lupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh bintangku

Chorus

Jauh kau pergi meninggalkan diriku
Di sini aku merindukan dirimu
Kini ku coba mencari penggantimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh kekasih

Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan
Ingin ku lupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh bintangku

Ulang Chorus 2X

Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan

18 January 2011

MASALAH


Rupa MIYLO MEOW tengah panas hati..

MIYLO MEOW tengah geram! MARAH!

Awak oiiii yang bernama manusia atau dengan lebih erti kata KAWAN saya ada nak bagitahu awak. Dengar ya? Setiap orang ADA masalah. Saya ADA masalah dan awak juga pasti ADA masalah. Betul bukan? Ini saya nak cakap sikit ya awak. TIDAK semua masalah orang miliki BOLEH dikongsi bersama-sama. ADA ketikanya orang nak jugak PRIVACY dan saya rasa awak tak PERLU tahu seratus peratus masalah orang. Tolonglah awak. Jangan buat orang menyampah dengan awak. Saya hormatkan awak dan saya tidak segampang seperti awak mahu menyelit di sana sini masalah orang. 

TOLONG FAHAM SITUASI ORANG - JANGAN MUDAH MASUK TANPA BERSEBAB!

SENTUHAN ISLAM

Gaya bersalaman secara berdamai.. Hehe

Masih pagi walaupun disinari cahaya lampu putih menghiasi ruang itu. Sudah ada kaki melangkah keluar daripada diterangi cahaya putih. Aku berpusing dengan selamba memandang tiga manusia yang masih berdiri. Lantas, aku mendekati seseorang dengan hati yang benar. Benar dengan kehendak ALLAH S.W.T. Biarlah aku memulakan dahulu walaupun aku tahu aku dipihak yang mana. Ya, di atas sana ada ALLAH S.W.T dan DIA juga yang melindungi aku daripada penularan kemungkaran. 

Aku capai tangannya dan aku genggam tangannya kemas. Aku mencium tangan yang sudah bergaris halus kerana dek masa yang kian hampir berlalu. Aku pandang wajahnya.

"Saya mintak maaf jika ada salah dan silap saya selama ini!" 

Tangannya kugenggam dengan kemas dan erat. Aku enggan melepaskan tangannya (bukan gatallah!). Aku mahu melihat reaksinya dan dia mengangguk kepala. Aku tersenyum (kemenangan aku hanya disisi ALLAH S.W.T sahaja) dan kulepaskan tangannya. Terima kasih Ya ALLAH!


Moga kekuatan Imanku seteguh ini :-)

16 January 2011

MIMPI AYAH



Aksi aku tidur gamaknya ketika bermimpi, hehe..

Semalam. Sebelum tidur sudah bibir kubasahkan dengan ayat suci kalimah ALLAH S.W.T agar mendapat ketenangan, keberkatan dan perlindungan dariNYA. Mataku dirapatkan agar terpejam lena seindah khayalan mimpi yang sering menghiasi tidur malamku. Aku mimpi lagi. Mimpi tentang AYAH. Dalam mimpi itu, aku bersama AYAH dan adik-beradikku sedang mencari destinasi yang tidak tahu ke mana kami ingin tuju. Terlalu lama sehingga AYAH meminta kami berhenti berehat sebelum meneruskan destinasi kosong itu. Benarkah destinasi itu kosong? Aku juga tidak tahu. Akhirnya, perjalanan destinasi kami tiba jua walaupun AYAH kepenatan. AYAH tersenyum bahagia apabila kami tiba di suatu tempat yang indah tetapi aku tidak tahu apakah tempat itu. Lama, AYAH memeluk kami semua dengan erat dan mengucapkan terima kasih kepada kami kerana mengiringinya mencari destinasinya walaupun perjalanan jauh dan... Aku terbangun dari tidur.


Aksi aku selepas tersedar dari mimpi..

Aku mencelik mataku dan kedengaran suara teman sebilikku yang agak kepoh dan meriah. Sudah pagi rupanya. Aku melihat Eeka yang tidur di sebelah aku masih didodoi tidur yang lena. Aku diam. Aku masih lagi melayangkan fikiran bermimpi tentang AYAH. Entah mengapa sayu hati aku apabila teringatkan AYAH yang jatuh sakit lagi di kampung. Benar, aku seringkali rindu akan AYAH dan sering kerisauan dengan sakitnya. Aku masih mahukan AYAH. Semoga ALLAH S.W.T memurahkan rezeki ayah agar umurnya masih panjang, Amin..

MEMOTONG KUKU MENGIKUT SUNNAH RASULLAH S.A.W


DOA MEMOTONG KUKU


MEMOTONG KUKU DENGAN CARA YANG BETUL

Tangan

KUKU TANGAN
  1. Mulai dari Jari Telunjuk tangan kanan.
  2. Jari Tengah tangan kanan
  3. Jari Manis tangan kanan
  4. Jari Kelingking tangan kanan (Tinggalkan Ibu Jari tangan kanan)
  5. Jari Kelingking tangan kiri
  6. Jari Manis tangan kiri
  7. Jari Tengah tangan kiri
  8. Jari Telunjuk tangan kiri
  9. Ibu Jari tangan kiri
  10. Ibu Jari tangan kanan (Penghabisan tangan kanan)


Kaki

KUKU KAKI

  1. Mulai dari kanan.
  2. Penghabisan sebelah kiri iaitu kelingking kiri.
  3. Mulai dari kelingking kanan.
  4. Bergerak ke jari-jari lain di sebelah kiri jari kelingking kanan.
  5. Cara : Straight & Highway. 

 RAHSIA HARI MEMOTONG KUKU



HARI SABTU : Nescaya keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
HARI AHAD : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
HARI ISNIN : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.
HARI SELASA : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.
HARI RABU : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
HARI KHAMIS : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
HARI JUMAAT : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari yang dilahirkan oleh ibunya dan masuk  kepadanya rahmat daripada Allah Taala..

Kesimpulannya, secara amnya sunat memotong kuku pada hari ISNIN, KHAMIS dan JUMAAT. Ada juga riwayat mengatakan siapa potong kuku setiap hari RABU miskinlah ia (kesahihannya wallahua’lam). Seboleh-bolehnya elakkan dari mengekalkan memotong kuku pada hari RABU (sekali-sekala tidak apa).
Hal ini demikian kerana isteri RASULLAH S.A.W iaitu SITI KHADIJAH pernah bertanya bagaimanakah caranya untuk menghabiskan harta beliau yang banyak. Maka jawab RASULLAH S.A.W potonglah kuku pada setiap hari Rabu.  
RASULLAH S.A.W juga pernah berkata, jangan panjangkan kuku kerana syaitan berlari di atas kuku yang panjang. Begitu juga misai yang melebihi bibir mulut.

LANGKAH KAKI MENGIKUT SUNNAH RASULLAH S.A.W



MASJID
Mengikut sunnah RASULLAH S.A.W apabila ingin melangkah ke rumah suci ALLAH S.W.T kita MESTI mendahului langkah KAKI KANAN. Langkah KAKI KIRI pula perlu didahului apabila ingin keluar dari rumah suci ALLAH S.W.T. Langkah KAKI KANAN didahului kembali apabila ingin menyarung sandel pula.




TANDAS
Mengikut sunnah RASULLAH S.A.W apabila ingin melangkah masuk ke tandas MESTI didahulukan dengan KAKI KIRI. Langkah KAKI KIRI pula didahulukan apabila ingin keluar dari tandas. Ingat, kita harus sentiasa memastikan tandas sentiasa BERSIH bukan untuk dimuliakan.

15 January 2011

KESUSASTERAAN MELAYU

SULALATUS SALATIN

Hampir tiga tahun lebih aku telah meninggalkan subjek kesayanganku 'KESUSASTERAAN MELAYU'. Sungguh aku rindu mahu kembali bersama dengan subjek ini. Aku rindu mahu berilmu dengan dua orang guru idolaku yang sudah tentu namanya Cikgu Wan Addenan dan Cikgu Noraklima. Imbas kembali sebelum aku bertemu dengan subjek ini, aku berasal dari sekolah agama sejak tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Lima tahun aku mengikat diri di sekolah agama antaranya Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut dan Sekolah Menengah Agama Ittifakiah, Jerteh. Tamat aku menduduki SPM aku mendapat dua tawaran dari sekolah menengah biasa dan sekolah menengah agama untuk tingkatan enam. Oleh kerana aku sudah lama terikat dengan sekolah agama aku memilih sekolah menengah biasa walaupun emak agak gusar. 

Akhirnya, aku memilih Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nering sebagai sekolah ketigaku untuk tingkatan enam. Ya, di sini pertemuan antara aku dengan subjek KESUSASTERAAN MELAYU. Aku memilih subjek ini dengan kerelaan hati tanpa bukan paksaan biasa ( maklum sudah ini kali pertama aku belajar subjek ini dan di sekolah agama tiada). Alhamdulilah, aku mampu menyelami subjek ini dengan baik. Syukur. Ketika ada teman yang merungut dan bersusah hati kerana bimbang tidak dapat mengikuti subjek ini aku pula tiada masalah. Aku lebih teruja, tenang dan sangat terhibur mempelajari subjek ini. Aku senang dengan KESUSASTERAAN MELAYU sehingga cikgu juga mampu tersenyum dengan aku kerana memiliki keputusan peperiksaan subjek ini dengan cemerlang. Ya, sekali lagi syukur :-).


Kini aku sudah agak sedikit 'jauh' dengan subjek ini. Aku rindu untuk berkarya dengan tokoh, penulis dan sudah tentu dengan karya Sulalatus Salatin yang bagi aku terlalu hebat. Sebagai langkah terbaik, aku membuat keputusan untuk menyambung pelajaran di ASWARA. Ya, sekali lagi syukur. Aku lulus dan terpilih menjadi warga ASWARA sedangkan untuk memasuki pintu gerbang ASWARA agak sukar jika tiada usaha yang baik. Sekarang aku mahu belajar bersungguh-sungguh dan jika ada rezeki aku mahu lagi bersama KESUSASTERAAN MELAYU kembali. Amin...

12 January 2011

SILENT PLEASE!

Sudah beberapa kali aku penat mendengar deringan yang agak 'menjahanamkan'! Sakit sungguh! Pantang benar aku jika sudah kaki melekat di lantai kuliah mula ada deringan di sana di sini. Tidak retikah wahai penuntut apabila niat ingin menuntut ilmu tidak perlu ada gangguan? Tidak retikah menghormati pendidik yang sedang di hadapan kalian? Tidak retikah kalian mengerti perasaan pendidik yang gigih menyampaikan ilmu untuk kalian tetapi kalian berkelakuan 'kebodohan yang sombong'?  Jika kalian mahu teruskan niat menuntut ilmu buka minda dan.....

TOLONG SILENTKAN TELEFON ANDA KETIKA DALAM KULIAH!

11 January 2011

GIGI OH GIGI

Aduhaii…sakitnya! Ingatkan sudah selesai ‘pembaikkanpulih’ gigi tempoh hari sudah okey. Nampaknya gigi lain pula buat hal. Sakit! Dapat aku rasakan gigi aku ‘berdenyut-denyut’ dengan nakal sekali. Geseran gigi yang tengah sakit dengan gigi lain membuatkan muka aku terus berkerut. Pantang tersentuh atau tergeser dengan gigi lain pasti akan terasa sengal dan ngilu. Sememangnya aku tidak boleh menahan sakit dan terus sahaja aku mengadu kepada emak, Kak Long, Kak Tih dan adik. Sebenarnya aku agak dikategorikan ‘manja tahap kebangsaan’ dalam keluargaku. Jika aku sakit pasti aku terus mengadu kepada mereka. Oh ya kategori ‘manja tahap antarabangsa’ pula sudah tentu dikuasai oleh adik bongsuku, hehe. Nampaknya malam ni aku tentu tidak dapat tidur dengan lena gara-gara mengalami kesakitan gigi!

AYAH SAKIT LAGI

Petang ini masih lagi milik hari Khamis. Aku bersama Kak Long, Abang Ngah dan Kak Ngah  dalam perjalanan pulang ke rumah dari Kampung Raja, Besut. Telefon bimbit Nokiaku menjerit menarik perhatian aku. Panggilan dari Ayah.

                “Hello…”

                “Kak Chik kat mana? Lambat lagi nak balik rumah?” tanya Adik dengan laju.

                “Kak Chik memang dah nak balik. Kenapa?” soalku pula.

                “Ayah sakit. Kaki dia kejang. Cepatlah balik. Mak dan Kak Tih keluar pergi ambil Abang Apih di IKM,” sekarang aku menjadi risau.

                “Iyalah, Kak Chik akan balik dengan segera. Adik tolong tengok-tengokan ayah. Kalau boleh tolong picit ayah.” Aku matikan talian telefon bimbit dengan hati yang gelisah dan bimbang memikirkan keadaan ayah.

                Sampai di rumah aku terus mendapatkan ayah yang terbaring di atas tilam. Kasihan ayah. Ada kerutan di wajahnya menahan sakit. Kedua-dua kakinya kejang. Hanya rintihan sakit mampu dilontarkan oleh ayah. Mahu di urut tidak boleh sebab kaki ayah masih kejang. Hampir tujuh minit kaki ayah tidak kejang seperti sebentar tadi. Lega seketika. Ayah menceritakan kembali kakinya boleh menjadi kejang.

                Ayah dan adik di dapur. Tiba-tiba kaki ayah kejang sewaktu dia duduk di atas kerusi. Adik yang turut berada di dapur terkejut dan takut. Kata ayah pucat wajah adik melihat kekejangan kakinya. Hendak tak hendak ayah terpaksa turun dari kerusi dengan keadaan yang sungguh menyeksakan. Ayah terpaksa mengesot dengan kaki yang tengah kekejangan dari dapur untuk pergi ke tilam di ruang tamu. Dengan nafas yang tercunggap-cunggap ayah berjaya juga berada di tilamnya. Ketika itu juga adik terus menelefon aku. Kasihan ayah.

Aku boleh bayangkan betapa derita dan seksa ayah mengesot tanpa bantuan orang lain. Ingin meminta bantuan adik sudah tentu adik tidak mampu. Adik masih kecil dan tubuhnya juga masih kecil. Sekarang perasaan aku sering terganggu apabila melihat ayah jatuh sakit akhir-akhir ini. Beberapa hari lagi aku akan kembali terbang melebarkan sayap di Kuala Lumpur. Berat hati aku mahu meninggalkan ayah dengan keadaannya yang tengah sakit. Anak mana yang tidak bimbang dan tidak mahu terpisah apabila melihat orang yang disayangi oleh mereka sakit apatah lagi insan bernama AYAH.

p/s : Mata kanan ayah hampir tertutup. Terpaksa ayah menggunakan mata kirinya pula. Ayah….!

MATA, HATI, JIWA AYAH DALAM HIDUPKU

A.Y.A.H

Awal pagi aku sudah bangun bersiap walaupun agak liat untuk mencelikkan mata daripada terus terlena dengan indah. Selepas menghantar adik ke sekolah, aku bersama Ayah dan Kak Tih berdestinasi ke negeri Kelantan. Ada tujuan kami mahu ke sana, hal penting. Sebelum meneruskan perjalanan kami singgah di kedai makan milik teman Ayah untuk bersarapan pagi. Hanya aku dan Kak Tih sahaja makan di situ manakala Ayah pula berehat di dalam kereta. Katanya mata dia tidak membenarkan untuk melihat sinaran matahari. Bergaya pula aku melihat Ayah memakai kaca mata hitam, hehe.

                Okey sekarang kami akan menuju ke HOSPITAL  RAJA PEREMPUAN ZAINAB II KOTA BHARU, KELANTAN. Inilah urusan penting kami iaitu mahu membawa Ayah berjumpa dengan doktor pakar memberi rawatan kepada Ayah. Hari ini orang terlalu ramai sehinggakan tiada parking kereta untuk kami dapatkan. Terpaksa Kak Tih mencari parking manakala aku pula bersama Ayah mencari tempat bahagian SOPD. Kalau tak silap aku SOPD ini untuk rawatan yang berat-berat seperti pembedahan. Di saat aku berjalan dengan Ayah hati aku benar-benar terusik. Ya, sangat terusik! Ayah tidak mampu berjalan seperti dulu. Dulu dia boleh menggunakan kedua-dua matanya untuk dijadikan ‘kaki’ mencari jalan tetapi sekarang tidak ada lagi. Mata kanannya semakin teruk dan kesannya bengkak dan sepet. Tidak seperti mata kirinya. YA ALLAH, sungguh aku sedih melihat keadaan orang yang aku sayangi diduga sakit seperti ini namun aku tahu Ayah seorang lelaki yang tabah.

                Aku pegang lengan Ayah dan memimpinnya dengan cermat. Aku tidak mahu Ayah tersadung, terjatuh dan sebagainya. Aku mahu Ayah berjalan dengan sebaik mungkin di sisi aku. Ini tanggungjawab aku untuk Ayah.  Aku letakkan Ayah di kerusi kemudian menghulurkan kad biru milik Ayah kepada nurse yang bertugas di kaunter. Sungguh, hari ini orang memang terlalu ramai. Kanak-kanak kecil juga ramai. Ya, semakin hari semakin bertambah bilangan manusia sakit tidak kira muda atau tua. Selepas mengambil nombor giliran  aku duduk di sisi Ayah. Aku pandang dan tatap wajah Ayah. Kasihan Ayah. Tidak sanggup aku memandangnya lama-lama kerana wajah lelaki di hadapanku sudah banyak berbudi dan berkorban untuk aku. 

                Sudah hampir jam 11.40 pagi bermakna kami sudah menunggu dua jam lebih. Ada suara merungut kerana terlalu lama menunggu untuk berjumpa doktor ditambah pula tangisan kanak-kanak kecil. Mungkin mereka bosan dan rimas dengan suasana bising di sini. Sedang menunggu giliran Ayah, aku terpandang seorang nurse. Nurse perempuan cina, memakai kaca mata, kurus, tinggi dan berambut pendek. Tertarik aku melihatnya apabila dia tak lekang memberi senyuman kepada pesakit apabila dia memanggil pesakit bertemu dengan doktor. Aduhaiiiii…. Sungguh manis senyumannya. Senyumannya seolah-olah memujuk kami agar bersabar seperti  ‘Harap bersabar ya. Sekejap lagi doktor panggil.’ Nah, kagum aku dengan nurse cina ini sentiasa tersenyum walaupun aku tahu dia juga penat melayan karenah pesakit berbanding dengan nurse lain yang terlalu wajah serius. 

                Leka aku memerhatikan orang sekeliling Ayah memberitahu kepadaku bahawa dia mahu pencen. Bersara dari dunia pekerjaan yang telah banyak memberi rezeki kehidupan kami sekeluarga. Aku terus bersetuju dengan fikiran Ayah tetapi terhalang pula. Ada masalah yang seharusnya tidak perlu wujudkan tetapi sengaja diwujudkan. Sungguh, aku geram. Masalah itu biarlah dirahsiakan. Aku kasihan melihat Ayah terlalu menderita menahan sakitnya. Aku mohon kepadaNYA agar memberi petunjuk penerang hati kepada insan itu agar kembali insaf. Aku mahu Ayah tenang dan bahagia walaupun ‘diusik’ kesakitan. Bosan juga kemudian aku berborak dengan Ayah sambil memicit-micit betisnya yang sememangnya kurus. Aku mahu meringankan beban Ayah dan berharap setiap picitan aku lakukan mampu memberikan ketenangan untuk Ayah yang ‘diikat’ dengan kesakitan.

                Pukul 12.05 tengah hari giliran Ayah berjumpa dengan doktor. Aku memimpin Ayah menuju ke bilik doktor kemudian aku menunggu di luar. Ini permintaan Ayah. Mungkin dia tidak mahu terganggu untuk berbual dengan doktor tentang penyakitnya. Lama juga Ayah bertemu dengan doktor sehingga aku menguap beberapa kali,hehe. Kebosanan sudah lama melanda membuatkan aku diam sahaja. Mujur juga ada kanak-kanak kecil mahu bergurau dengan aku. Nakal juga budak perempuan kecil ini tetapi aku terhibur. Memang aku suka akan kanak-kanak kerana bagi aku jiwa aku lebih damai dan tenang ‘berkomunikasi’ dengan mereka. Mungkin mereka masih kecil dan tidak memahami erti kehidupan yang sebenar-benarnya. Pukul 1.00, Ayah baru keluar dari bilik doktor.

                Selesai menguruskan segala-galanya nurse memberi temujanji seterusnya kepada Ayah. Kali ini temujanji untuk x-ray di bahagian kepala Ayah dan ultra sound pula. Aku memimpin Ayah untuk keluar dari tempat SOPD. Kak Tih sudah menunggu di luar sana dalam kereta. Sekali lagi aku hampir menitiskan air mata apabila melihat Ayah cuba menuruni tangga tetapi tidak mampu berbuat sendiri. Dia sudah tidak nampak ‘pegangan’ tangga dan jelas wajahnya bersedih kerana tidak dapat melihat dengan pandangan sempurna. Kasihan Ayah. Aku tahu Ayah terlalu penat menghadapi semua ini tetapi aku berharap Ayah kuatkan semangat. Aku mahu Ayah tahu isteri dan anak-anaknya setia bersamanya sampai bila-bila kerana kami sangat sayang akan Ayah. Inilah mata, hati, jiwa Ayah dalam hidup aku kerana aku hanya memiliki Ayah kandung seorang sahaja. Kasih Ayah sampai bila-bila. Terima kasih, Ayah!