11 December 2010

MY SWEETy





Kali ini mahu bercerita tentang haiwan kesayanganku.. Aku pun tak pasti sejak bila aku mula jatuh cinta dengannya dan mungkin perwatakannya yang mampu mencairkan sukmaku membuat aku jadi 'gila'.. Bila mataku sudah terpaut dengan wajahnya yang gebu dan tubuh badan yang sangat comel membuatkan aku terus melafazkan 'I Love U'.. Ayuh bercerita tentang kucing.. Kucing? Makhluk Allah yang sangat manja, adakalanya garang, nakal, comel dan suara yang manja.. Sesungguhnya aku menghargai kurniaan Allah S.W.T tentangnya kerana aku tahu kewujudannya ada hikmah tersendiri..



Kucing = Nyawa hidup jiwa aku.. Tanpa kucing, adakalanya aku mampu menjadi gila kerana kehilangannya dari hidup aku.. Ahh, mungkin ada yang membenci akan kucing.. Pasti ada suara sumbang bersuara :

  • Eiii, kucing? Yarkss, geli!
  • Tak sukalah kucing sebab suka tergesel-gesel gedik!
  • Kucing terlalu kasar dan suka mengotorkan tempat!
  • Buat sakit mata sahaja tengok kucing!
  • Kau ni memang gila bercakap dengan kucing..
  • Tak ada gunanya bela kucing
  • Kucing jahat!
Nah pasti bait-bait sedemikian mampu membuatkan aku 'panas'.. Tapi tak semudah itu aku membiarkan mereka terus 'membunuh' tentang kucing sebab hanya satu sahaja jawapan aku ~ADA AKU KISAH?~


Sudah! Aku mahu berkongsi hidup aku bersama dengan kucing kesayanganku.. Jom :-)



COMEL SAYANG

:: Kekasih pertama yang kekal bertakhta dalam hidup aku ::
  • Aku memang gilakan si dia yang comel ini.. Dia tinggal di rumah arwah datukku.. Kalau ada masa lapang aku pasti menjenguknya..
  • Satu sifat aku paling suka tentangnya apabila dia setia menjadi 'penyambut tetamu' bila aku datang melawatnya.. Dia akan duduk di tangga sambil bersuara manja menanti aku mendekatinya..
  • Kemudian, aku akan menundukkan wajahku membiarkan wajahnya 'mencium' wajahku.. Pandangan mataku dengan matanya bertaut..
  • Lantas, aku memeluknya penuh kasih sayang kemudian memberi dia makan makanan kesukaannya..
  • Selepas makan pasti dia mahu sentiasa berada disisi aku dan enggan berada di sisi manusia lain ketika itu..


:: Aku jatuh cinta melihat wajahnya yang sedang lena ketiduran ::
  • Dia memang suka tidur.. Kalau dia mahu tidur dengan tenang tanpa gangguan pasti dia akan 'meminjam' katil milik arwah datukku.. Paling penting dia mahu bantal di kepalanya, huhu..
  • Kalau dia mahu sekadar melelapkan mata di mana-mana sahaja dia boleh duduk tidur seketika..
  • Aku paling gembira apabila aku tersedar dari tidur pasti dia ada di sebelah aku.. Aduhaiii, dia sangat manja sehingga aku tidak sanggup menganggu tidurnya apabila dia suka 'melentokkan' kepalanya di lenganku..
  • Dia memang suka menyibuk mahu berkongsi bantal dengan aku apabila aku mahu tidur kerana aku tahu dia juga sayang padaku :-)

:: Dia memang comel! ::


  • Aku sanggup menghabiskan masaku bersama-sama dengannya kerana selepas aku kembali ke rumah pasti aku merinduinya.. Rindu sangat!
  • Sebelum balik aku akan pastikan dia mesti bergambar denganku, haha.. Tidak mengapa sebab dia tidak pernah 'merungut' dengan perangai aku yang gila bergambar.. 
  • Aku suka mengambil gambarnya kerana dia juga tahu bagaimana bergambar apabila camera dihadapannya..
  • Sebelum balik aku akan memeluk dan menciumnya dengan sepuas hati sebagai tanda aku sayang padanya..

:: Pertemuan terakhir :-( ::


  • Semakin hari kami makin membesar bersama dan usia dia juga kian berumur.. Lihat sahaja wajah dan tubuhnya yang sudah mula 'sakit'.. Aku seringkali berdoa kepada-NYA agar mengizinkan aku 'meminjamkan' dia dalam hidupku..
  • Namun adakalanya dia degil kerana dia sering bergaduh dengan kucing lain ( adatlah kucing jantan ) sehingga tubuh dia lebam dan luka.. Pernah aku memarahinya kerana terlalu geram dan pandai pula dia merajuk dengan aku..
  • Sebagai tanda aku mahu berdamai dengannya aku mengubati lukanya.. Maafkan aku kerana berkasar denganmu tempoh hari itu..
  • Inilah gambar terakhir pertemuan antara kami kerana aku mendapat tawaran menyambung study di ASWARA, KL.. Lebih menyedihkan lagi tiada siapa lagi mahu menghuni di rumah arwah atukku kerana arwah atukku meninggal beberapa minggu lepas selepas gambar ini dirakam..
  • Sebelum aku berpisah dengannya aku memeluk, mencium dan membelainya sepuas-puasnya.. Aku mengerti pandangannya yang mahukan aku sentiasa disisinya.. Aku mengerti sayang!
  • Berita sedih yang aku terima dari kakakku apabila dia telah pergi selama-lamanya.. Ketika itu aku di ASWARA dan berita itu cukup melukakan jiwa dan emosi aku.. Aku kesal, sedih, kecewa dan terkilan kerana aku tidak mampu berjumpa dengannya buat kali terakhir..
  • Sesungguhnya kehadirannya dalam hidupku sangat bermakna kerana dia CINTA PERTAMA & TERAKHIR dalam hidup aku.. Pabila aku merindui dia, aku pasti menatap gambarnya dan pasti air mataku menitis ( menjadi cengeng! ).. Aku merinduimu sayang!

Jika ditanya memori yang paling indah aku miliki adalah berkongsi jiwa dengannya.. Sehingga kini tiada kucing lain yang mampu merampas kenanganku bersamanya.. Dia adalah kucing yang terbaik dalam hidupku.. Tiada yang lain sayang selain darimu biarpun kau sudah meninggalkan aku keseorangan di sini.. Buat pengetahuan korang mungkin aku sangat kasar dan keras apabila bercerita tentang cinta.. Maaf, aku memang tidak mudah menangis kerana cinta tetapi aku hanya mampu menjadi cengeng untuk COMEL SAYANG sahaja :-)
Post a Comment