19 December 2010

Kenangan 2 Tahun yang Lalu..

Hari ini hari AHAD. Tepat pukul 11.20 pagi. Posmen datang hantar surat. Aku terima surat berwarna coklat dihiasi dengan tulisan BESAR. Dari KUALA LUMPUR. Aku tersenyum dengan tenang. Aku buka surat dan aku tersenyum sinis.. Haha! 

Kad Raya yang tak seberapa, hehe


Siap ada bunyi lagi bila buka

Hehe..


Ini kad PERTAMA dan TERAKHIR kenangan aku bersama si dia. Tahun 2008. Dengan nada bunyi lagu SELAMAT HARI RAYA aku tujukan untuk si dia. Bila fikir balik ada kelakarnya kerana aku bukanlah seorang wanita yang romantik untuk melafazkan cinta. Aku romantik apabila aku mahu melakukannya dengan kerelaan hati. Sebagai tanda sayang aku warkahkan utusan kepada si dia ketika perkenalan kami sudah masuk 4 bulan.

SUDAH dan TAMAT. Kisah kami sudah BERAKHIR. Aku mengerti surat yang aku terima ini sebagai tanda kenangan dari si dia. Terima kasih awak kerana pernah muncul dalam hidup saya. Semoga awak berbahagia dengan pengganti saya yang baru. Maafkan saya kerana terpaksa melepaskan awak dari hidup saya. MAAF. NOKTAH.
Post a Comment