11 December 2010

JIWA ADIKKU


Sekarang aku mahu bercoretan tentang adikku di Aswara.. Memandangkan aku tidak memiliki adik lelaki dah hanya dikurniakan adik perempuan sahaja, huhu... Aku bersyukur dipertemukan dengan dua insan dari darah kaum Adam yang melengkapkan jiwa hidup aku..Siapa? Jom tengok dan celoteh bersama bercerita tentang mereka...



Eg - Adik Segala

Nama budak comel ni Eg.. Aku kenal dia sebelum masuk Aswara dan perkenalan kitaorang bermula di Facebook.. Dia sefakulti penulisan dengan aku.. Dia memang budak yang baik, tak suka berkasar dan lebih suka membuat hal sendiri.. Aku sayang adik aku ni sebab dia tak nakal seperti lelaki lain yang bawah umur dari aku.. Dia menghormati dan memahami cara aku ni.. Kalau pergi ke kelas, cafe, library, Tebing & sebagainya adalah kami bersama.. Senang cerita kitaorang kalau nak pergi mana-mana mesti kami selalu ada..   Aku paling suka menyakat dan mengusik dia terutamanya meniru gaya dia yang sangat mencuit hati dan comel, haha.. Aku suka usik dia punya rambut yang sekejap berfesyen itu dan ini, huhu.. Paling penting wajib aku singgah dia punya blog yang sangat menarik dan kreatif.. Aku rindu nak bersua dengan Eg dan tak sabar-sabar nak mengadap muka dia di sem 2..hehe :-)


Akhmal @ Ariel


Ini student teater... Aku kenal dia pun semasa lepak dengan teman di depan hostel dan dari situlah persahabatan kitaorang mula terjalin.. Aku sangat senang dengan cara dan gaya dia bila bersama dengan aku.. Kenapa? Dia seorang adik yang baik hati, bertanggungjawab, manja, suka ketawa dan 'menjaga' aku.. Aku bersyukur kerana dikurniakan seorang adik lelaki yang menghormati aku walaupun aku ni seorang yang tahap sempoi gila-gila,huhu.. Adik aku ni kuat makan, suka menyanyikan lagu Peterpan, berpakaian smart, minat sangat-sangat dengan Ariel ( Peterpan ).. Aku berharap persahabatan kami kekal sampai bila sebab aku sayang adikku, Akhmal :-)

Post a Comment