18 December 2010

EKZEMA

EKZEMA. Apa itu EKZEMA? Segelintir daripada korang mesti tak tahu apa itu EKZEMAkan dan sape yang tahu tentang EKZEMA tahniah aku ucapkan, hehe. Aku mohon share dari info kesihatan tentang penyakit ini bersama-sama korang semua. Jom!

DEFINISI EKZEMA 

  • EKZEMA adalah penyakit berkaitan genetik yang mana sistem imunisasi individu bertindak keterlaluan terhadap alergen (bahan penyebab alahan) dan menyebabkan kulit mengalami keradangan, iritasi dan bengkak. Dalam keadaan sederhana, EKZEMA menyebabkan kulit menjadi kering, pedih dan gatal. Bagi kes yang lebih teruk, kulit boleh merekah, melecet dan berdarah. Senang cite penyakit EKZEMA ni disifatkan kulit sensitiif dan ada sahaja yang tak kena itu dan ini sampai buat orang tak selesa termasuk AKU.. huhu :-(
 FAKTOR EKZEMA

  • Peningkatan suhu dan kelembapan disebabkan perubahan cuaca.Lain-lain faktor termasuklah pencemaran alam sekitar, pemakanan yang tidak sesuai, pelbagai bahan tambahan kimia, bahan cuci kasar, logam dan kosmetik yang boleh mendatangkan kesan alergi kepada individu yang mudah menghidap EKZEMA.
  • Penggunaan sabun dan bahan cuci kasar adalah penyebab biasa EZKEMA kerana ia mengandungi bahan kimia yang boleh menghilangkan kelembapan kulit. Menurut info pakar tentang masalah ini menyatakan bahawa : "Produk pencuci yang tidak sesuai akan mengikis lapisan perlindungan semulajadi pada kulit yang sensitif. Ia mengakibatkan kitaran yang menghasilkan tindakan balas yang menyebabkan keradangan kulit."

LANGKAH / RAWATAN EKZEMA

  • Pesakit juga dinasihatkan supaya tidak menggunakan sabun biasa, sebaliknya menggunakan sabun yang mengandungi bahan pelembap (emollients). Ini kerana, sabun biasa akan mengakibatkan kulit menjadi lebih kering, bertambah gatal dan rosak.
  • Ubat histamine (ubat menghilang rasa gatal) akan diberi kepada pesakit untuk mengelakkan pesakit menggaru. Sebaik-baiknya ubat ini diambil pada waktu malam kerana ia menyebabkan pesakit mengantuk.
    Jika pesakit mendapat jangkitan sekunder, mereka akan diberi antibiotik. Ubat ini perlu diambil dalam sukatan yang betul, sekurang-kurangnya selama satu minggu.
     
  • Penggunaan ubat sapu (topikal steroid). Kekuatan ubat yang digunakan ini bergantung kepada tahap keseriusan dan umur kanak-kanak yang terlibat. Ini kerana, penggunaan ubat topikal steroid yang kuat iaitu yang tidak sesuai dengan kanak-kanak boleh menyebabkan kerosakan pada kulit. Sehubungan itu, pastikan ia diambil sesuai dengan peringkat umur pesakit. Sebaik-baiknya, elakkan mengambil ubat-ubatan yang dimakan kerana ia mempunyai kesan sampingan kepada pesakit. Bagi kes-kes yang serius, ubat-ubatan seperti steroid, sitotoksik (azathioprine) dan phote kemoterapi (PUVA) boleh digunakan.
  • Elakkan memakan makanan tertentu dan makanan yang mengandungi bahan awet jika alah pada bahan atau makanan tersebut. Banyakkan mengguna bahan pelembap kulit dan jangan biarkan kulit kering. Cepat berjumpa doktor dan jangan biarkan keadaan bertambah teruk.
  • Pengambilan Evening Primrose Oil (EPO) dapat membantu sebahagian pesakit yang berada di tahap serius. 

Post a Comment