19 December 2010

bercerita tentang EKZEMA lagi...

Sebelum ini aku ada bercerita tentang EKZEMA. Kenapa aku nak cite sangat EKZEMA? Mari aku nak kongsi sama-sama tentang pengalaman hidup aku ( itu pun kalau sudi, huhu!). 

ZAMAN HITAM PUTIH

Sejak kecil lagi kulit aku sensitif dan ada aje yang tak kena dengan tubuh aku. Perubahan kulit aku mula mengada-ngada sangat bila aku berumur tujuh tahun ( darjah 1 ). Nak diceritakan aku bersantap la daging lembu dengan riangnya kemudian aku mula tak selesa. Aku ingat lagi bila aku terasa tubuh aku membengkak ( dah macam belon  plak ), gatal, timbul benjol sana sini dan paling sakit bila aku terasa kulit aku seperti kena air panas. Adoyaiiii! Masa tu tak payah cite la aku ni yang memang sengal menangis habis-habisan sebab sakit punya pasal sehinggalah parents aku bawak pegi jumpa doktor masa tu jugak.

Doktor? Masa doktor tengah check aku tiba2 aje doktor bagi aku main anak patung comel. Lepas tu, doktor suruh aku tidur kat atas katil. Aku masa tu jadi budak mana la tahu taktik doktor dan dengan senang aje aku melentok baik punye atas katil, hehe. Dan tiba-tiba aku menjerit menangis dengan lantang sehingga kecoh satu bilik doktor sebab suka hati doktor suntik aku. Ooww, main tipu yer! Hahahaha.. Gara-gara doktor suka cucuk aku membuatkan aku jadi takut dengan JARUM sehinggalah sekarang! Mengongkan? EKZEMA punya pasal la ni, huhu

SAKIT BILA.....

Aku ingat penyakit EZKEMA ni masa kecik zaman ribena je ada tapi tidak rupanya. Sehingga aku besar sekarang ni EKZEMA tetap ada. Hurrmmm..... Disebabkan aku ada EKZEMA terpaksa aku berpantang makan walaupun kadang-kadang aku memberontak geram tapi apakan daya cobaann. Aku memang kena berpantang makan sebab aku ada alahan makanan tertentu. Apa dia? Meh nak kongsi :-

  • Daging lembu, kerbau dan kambing. Senang cite segala binatang berkaki empat TIDAK BOLEH masuk dalam tubuh aku,huhu. Kali terakhir aku makan daging masa darjah 1 dulu-dulu dan sekarang ni aku memang tak berani nak sentuh daging. Jangankan sentuh bau pun aku tak boleh nanti aku jadi pening-pening lalat tahap antarabangsa. Hehe.
  • Ikan setongkol. Oh my favourite ni!! Tapi apakan daya kami TIDAK ADA JODOH gamaknya. Aku makan sikit je kulit pun sengal sakit sana sini, Paling tak tahan bila sentuh sikit kulit aku pedih sangat seperti ada jarum mencucuk-cucuk di tubuh aku. Insafff terus! 
  •  Haa satu lagi favourite aku.. Sotong, udang dan ketam! Waaa, perghh best ni dapat makan dan boleh meleleh air liur kalau sebut benda ni. Maklum la aku memang KENA BERPANTANG sangat benda ni so kadang-kadang kempunan aku dibuatnya,huhu! Kadang-kadang dah tak tahan nafsu makan aku melantak juga dan lepas tu memang padan muka aku. Ada je tubuh jadi gatal, sensitis, timbul ruam-ruam sampai boleh buat peta Malaysia, merah-merah dan sakit. Lepas tu aku pun kembali insaf janji tak nak makan lagi tapi niat di hati nak makan banyak-banyak lagi! Memang mengong,haha!
  • Segala benda yang diperap seperti belacan, budu dan sewaktunya aku memang KENA JAUHKAN dari menyentuhnya. Tengoklah pula bahan kandungannya sampai kesannya aku boleh jadi rimas dan tak boleh duk diam semacam jer. 
  • Kulit aku sangat la senstitif bila-bila masa sebab BERGANTUNG kepada cuaca jugak. Mana taknya panas sikit pun dah boleh jadi merah-merah dan gatal. Kalau sejuk sikit pun jadi macam tu jugak dan boleh buat aku 'sakit'. So kalau nak pilih pakaian yang nak dipakai kena fikir elok-elok nak2 time nak out pergi mana-mana.. Huhuhu..
    Penat sebenarnya bila asyik-asyik terikat dengan EKZEMA. Ke mana-mana aku nak pergi pantang larang makanan aku harus utamakan sebab aku dah bosan hidup dengan ubat! Mungkin orang tak mengenali tentang EKZEMA dan tidak tahu kehidupan aku pasti aku dicop perempuan CEREWET. Arghh, lantak koranglah nak kata apa janji aku bahagia. Kepada korang yang tak seperti aku BERSYUKUR ALHAMDULILAH kerana korang masih dikurniakan kenikmatan makanan oleh ALLAH S.W.T. Ingatan aku jangan sesekali korang mengeluh bila makanan tu tak kena cita rasa dengan korang berbanding aku nak sentuh makanan itu ini pun kena kontrol. Terus-terang aku memang jeles tau! Hehe..

    EKZEMA oh EKZEMA, sukar kau nak berpisah dengan akukan? (*_*)!


    Post a Comment