27 December 2010

SABUN CLAY

Aku nak bercerita tentang pilihan yang terbaik untuk diri aku memandangkan aku ada EKZEMA. So, alang-alang aku dah guna produk ni aku nak berkongsi dengan korang yang mengalami keadaan seperti aku. Hampir 18 tahun aku menghidapi penyakit EKZEMA dan EKZEMA bukanlah perkara biasa sebab ia terlalu melibatkan kulit yang sensitif. Hidup tak sah kalau tak ada ubat dan tak semestinya harus bergantung dengan ubat 100% kan? Aku mencari pilihan lain untuk mengelak daripada terlalu bergantung dengan ubat. Alhamdulilah, akhirnya aku dapat mencari pilihan yang sesuai untuk penyakit EKZEMA iaitu produk SABUN CLAY.

Apa keistimewaan SABUN CLAY? Biar aku bagi pendapat aku sendiri tentang sabun ni. Selepas aku menggunakan sabun ni ALHAMDULILAH ada juga perubahan yang baik dan positif. Bila kulit dah sensitif mestilah terasa gatal lepas tu makin menjadi-jadi la ruam merah-merah. Masa kulit jadi sensitif aku terus gunakan sabun ni dan yang paling dibanggakan selepas gunakan sabun ni kulit dah kembali ok. Tak ada terasa gatal malah lebih selesa lagi. Baguskan? Kalau kena gigit serangga pun boleh guna sabun ni.Percayalah, tak rugi korang membeli produk ni sebab sabun ni bagi aku adalah 'penyelamat' ketika EKZEMA menyerang..Huhu.. Sekarang ni aku tak perlu sangat bergantung dengan ubat bila kulit aku sensitif, gatal @ timbul ruam merah-merah sebab sekarang aku dah ada SABUN CLAY! So, kalau aku nak pergi mana2 melibatkan waktu atau hari yang lama WAJIB aku  pastikan  SABUN CLAY sentiasa dengan aku(^_^). Diingatkan juga kalau nak pakai sabun ni kena pakai dengan betul-betul. Jangan pakai separuh jalan terus dah stop. Kalau boleh pakai sabun ni berterusan ok? :-)


SABUN CLAY

Sabun Clay


Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia : RM 10.00
Sabah & Sarawak:

Harga Pengedar
Semenanjung Malaysia : RM 8.00
Sabah & Sarawak:

Bahan Kandungan : Sodium Palmitate, Tanah Liat, Susu Kambing, Glycerin, Titanium Dioxide, Methylisothiazolinone AHA, Ekstrak Buahan dan Tumbuhan. 
 
INFO ( Mohon Share ) :

Sabun ini telah mula memasuki pasaran MLM dan mendapat pemintaan yang tinggi. Tanah liat putih yang dijadikan bahan campuran dalam sabun ini menjadi ubat yang baik terutama untuk sakit-sakit kulit seperti ekzema, gatal-gatal dan lain-lain lagi. Penggunaan tanah liat putih (clay) adalah antara 3% - 10%, namun begitu ia memberi kesan yang cepat pada penyakit-penyakit tersebut.

Ekzema adalah sejenis penyakit kulit yang sukar diubati dalam pengubatan moden tetapi mudah diubati dengan penggunaan sabun clay ini. Pada peringkat awal sabun ini tidak diletakan pewangi tetapi keluaran baru telah di masukan pewangi yang boleh menyegarkan pengguna. Insyaallah. Tanah liat putih juga akan dijual dipasaran dalam bentuk scrub badan tidak lama lagi dan ia memberikan pembersihan yang sebenar mengambil daripada kaedah fikh menyamak dengan 1 bahagian air tanah.
Ia juga berfungsi menghilangkan jarawat muka atau badan. Ia juga dapat membantu membersihkan kulit secara mendalam serta menjadikan kulit lebih anjal, lembut dan segar. Sabun kecantikan ini juga mengandungi kadar lembapan yang amat diperlukan oleh kulit dan dapat menghilangkan kesan parut. Selain itu ia juga anti kedutan, dapat mengubati pigmentasi, kulit mati dan membersihkan kotoran.


RESULT OH RESULT

Setiap hari aku setia 'menclick' web ASWARA semata-mata nak tahu result dah kuar blom.. Huhu.. Tak puas hati tengok plak kat FACEBOOK ASWARA tapi sama jugak.. Aish bila agak-agaknya result kuar yer? Berdebar plak cuz ini first result SEMESTER 1.. Budak baru katakan, hehe.. Exam Sem 1 ni dah macam nak exam SPM & STPM plak.. huahua.. Apa-apa pun aku setia menunggu kemunculan RESULT dan surat dari ASWARA ke rumahku..hehe..


26 December 2010

AGRO - ZOO MINI

Lorhh, tak habis-habis lagi ke nak bercerita tentang Agro Setiu? Sebenarnya tak habis lagi, hehe... Sepanjang aku menghadiri kursus di PELADANG AGRO SETIU RESORT ada satu perkara yang menarik perhatian aku. Apa lagi kalau bukan tak menjenguk 'teman' yang ALLAH S.W.T ciptakan. Rugi kalau tak dapat menjenguk diaorang sebab bagi aku penawar ketenangan aku apabila bersama mereka. Mungkin mereka ada mulut tapi mulut mereka tidak seperti mulut manusia (faham-faham sajalah yer?), mereka ada mata tapi bijak menggunakan mata dengan baik dan banyak lagilah. Selama empat hari aku berada di sini sempat jugaklah aku menjenguk Zoo Mini comel ini sebanyak dua kali. Pantang sesi ceramah habis aku mesti dah ada kat Zoo Mini, hehe.. Ayah aku, Cik Dam Hensem tak dapat nak kata apa-apa sebab dia tahu aku memang tak boleh duk diam kalau ada Zoo Mini camnie,... Hehe.. Jom, aku selitkan beberapa keping gambar di Zoo Mini :-)


Meluangkan masa bersama ikan di tasik kecil comel :-)

Indahkan ciptaan ALLAH S.W.T? :-)
Adik bersama dengan ikan yang berenang dengan tarikan indah


Berinteraksi dengan 'teman' di bumi ALLAH S.W.T


Saya lapar..

Bestnya ada adegan suap-menyuap..Hehe

Hai, antara kami bertiga siapa paling comel? Hehe

Sesi perkenalan baru dengan kemesraan baik punyer! Hehe


Oiitt, nak pergi mana tu? Hehe

Tengok walaupun I kecil tapi I pun boleh bagi pose hot meletup, huhu

Ini baby yang sangat comel :-)


Sang Ratu Merak yang berbudi menyambut kehadiranku :-)

Apa tengok-tengok? Huahua

Mata ke Mata..hehe

20 December 2010

JOM MELANCONG!

Aku nak cite tentang kursus yang aku pergi  tapi tak sempat nak update masa kursus tu. So, sekarang ni aku nak menggambarkan pengalaman menghadiri kursus tersebut yang berlangsung selama EMPAT hari. Bertarikhkan 12.12.2010 aku bersama kakakku, Sis Tih dan my luv dad, Cik Dam Hensem datang ke PELADANG AGRO SETIU RESORT. Sebelum aku nak bercerita lebih lanjut, aku nak berkongsi tempat ni kepada korang dengan beberapa gambar yang telah disnap dengan jayanya.. Hehe..


Hehe, pose di bilik Cik Dam

Pose di bawah pokok yang chantek!



Ini peserta Bukit Kenak's Next Top Model untuk Agro Setiu,hehe

Latar belakang ini dipanggil 'PULAU' (^_^)

Tengok siap ada Zoo Mini dan Taman Herba :-)

Taman Herba yang misteri dengan khazanah alam



Si kecil mahu beraktiviti petang

Jom beraktivti dengan Paddle dan Berkeno

Sempat lagi bergambar sebelum nak mengelilingi 'PULAU'

Cantikkan pemandangan di Agro Resort termasuk modelnya sekali? Haha!

Banyak tempat yang menarik untuk disnap

Aku suka duduk di atas batu ni..Menarik!




PELADANG AGRO SETIU RESORT


  • Mempunyai 58 unit chalet, Kem Latihan Agro dengan 5 blok asrama (boleh menampung 250 orang dalam satu masa), Tapak Perkhemahan Agro (boleh menampung seramai 300 orang dalam satu masa).
  • Aktiviti Rekreasi :  Flying Fox, Abseilling, Jungle Trekking, Rafting, Berkeno dan macam-macam lagi.




    TERTARIK DAN INGIN MENGETAHUI DENGAN LEBIH LANJUT?






    DI MANA LOKASINYA?

    Agro Resort, Setiu, Terengganu.

    Lot 3912, Guntung, 

    22040, Setiu,

    Terengganu, MALAYSIA

     


    MAHU BERKOMUNIKASI?

     Tel: 609-6902245    

     Fax: 609-6903482 


    CLICK E-MAIL

    Email: peladang_agroresort@yahoo.com

     







    Jangan ditangguhkan lagi impian untuk melancong di  PELADANG AGRO SETIU RESORT. Nikmati percutian anda dengan kepuasan yang terhebat bersama insan tersayang!

19 December 2010

Kenangan 2 Tahun yang Lalu..

Hari ini hari AHAD. Tepat pukul 11.20 pagi. Posmen datang hantar surat. Aku terima surat berwarna coklat dihiasi dengan tulisan BESAR. Dari KUALA LUMPUR. Aku tersenyum dengan tenang. Aku buka surat dan aku tersenyum sinis.. Haha! 

Kad Raya yang tak seberapa, hehe


Siap ada bunyi lagi bila buka

Hehe..


Ini kad PERTAMA dan TERAKHIR kenangan aku bersama si dia. Tahun 2008. Dengan nada bunyi lagu SELAMAT HARI RAYA aku tujukan untuk si dia. Bila fikir balik ada kelakarnya kerana aku bukanlah seorang wanita yang romantik untuk melafazkan cinta. Aku romantik apabila aku mahu melakukannya dengan kerelaan hati. Sebagai tanda sayang aku warkahkan utusan kepada si dia ketika perkenalan kami sudah masuk 4 bulan.

SUDAH dan TAMAT. Kisah kami sudah BERAKHIR. Aku mengerti surat yang aku terima ini sebagai tanda kenangan dari si dia. Terima kasih awak kerana pernah muncul dalam hidup saya. Semoga awak berbahagia dengan pengganti saya yang baru. Maafkan saya kerana terpaksa melepaskan awak dari hidup saya. MAAF. NOKTAH.

bercerita tentang EKZEMA lagi...

Sebelum ini aku ada bercerita tentang EKZEMA. Kenapa aku nak cite sangat EKZEMA? Mari aku nak kongsi sama-sama tentang pengalaman hidup aku ( itu pun kalau sudi, huhu!). 

ZAMAN HITAM PUTIH

Sejak kecil lagi kulit aku sensitif dan ada aje yang tak kena dengan tubuh aku. Perubahan kulit aku mula mengada-ngada sangat bila aku berumur tujuh tahun ( darjah 1 ). Nak diceritakan aku bersantap la daging lembu dengan riangnya kemudian aku mula tak selesa. Aku ingat lagi bila aku terasa tubuh aku membengkak ( dah macam belon  plak ), gatal, timbul benjol sana sini dan paling sakit bila aku terasa kulit aku seperti kena air panas. Adoyaiiii! Masa tu tak payah cite la aku ni yang memang sengal menangis habis-habisan sebab sakit punya pasal sehinggalah parents aku bawak pegi jumpa doktor masa tu jugak.

Doktor? Masa doktor tengah check aku tiba2 aje doktor bagi aku main anak patung comel. Lepas tu, doktor suruh aku tidur kat atas katil. Aku masa tu jadi budak mana la tahu taktik doktor dan dengan senang aje aku melentok baik punye atas katil, hehe. Dan tiba-tiba aku menjerit menangis dengan lantang sehingga kecoh satu bilik doktor sebab suka hati doktor suntik aku. Ooww, main tipu yer! Hahahaha.. Gara-gara doktor suka cucuk aku membuatkan aku jadi takut dengan JARUM sehinggalah sekarang! Mengongkan? EKZEMA punya pasal la ni, huhu

SAKIT BILA.....

Aku ingat penyakit EZKEMA ni masa kecik zaman ribena je ada tapi tidak rupanya. Sehingga aku besar sekarang ni EKZEMA tetap ada. Hurrmmm..... Disebabkan aku ada EKZEMA terpaksa aku berpantang makan walaupun kadang-kadang aku memberontak geram tapi apakan daya cobaann. Aku memang kena berpantang makan sebab aku ada alahan makanan tertentu. Apa dia? Meh nak kongsi :-

  • Daging lembu, kerbau dan kambing. Senang cite segala binatang berkaki empat TIDAK BOLEH masuk dalam tubuh aku,huhu. Kali terakhir aku makan daging masa darjah 1 dulu-dulu dan sekarang ni aku memang tak berani nak sentuh daging. Jangankan sentuh bau pun aku tak boleh nanti aku jadi pening-pening lalat tahap antarabangsa. Hehe.
  • Ikan setongkol. Oh my favourite ni!! Tapi apakan daya kami TIDAK ADA JODOH gamaknya. Aku makan sikit je kulit pun sengal sakit sana sini, Paling tak tahan bila sentuh sikit kulit aku pedih sangat seperti ada jarum mencucuk-cucuk di tubuh aku. Insafff terus! 
  •  Haa satu lagi favourite aku.. Sotong, udang dan ketam! Waaa, perghh best ni dapat makan dan boleh meleleh air liur kalau sebut benda ni. Maklum la aku memang KENA BERPANTANG sangat benda ni so kadang-kadang kempunan aku dibuatnya,huhu! Kadang-kadang dah tak tahan nafsu makan aku melantak juga dan lepas tu memang padan muka aku. Ada je tubuh jadi gatal, sensitis, timbul ruam-ruam sampai boleh buat peta Malaysia, merah-merah dan sakit. Lepas tu aku pun kembali insaf janji tak nak makan lagi tapi niat di hati nak makan banyak-banyak lagi! Memang mengong,haha!
  • Segala benda yang diperap seperti belacan, budu dan sewaktunya aku memang KENA JAUHKAN dari menyentuhnya. Tengoklah pula bahan kandungannya sampai kesannya aku boleh jadi rimas dan tak boleh duk diam semacam jer. 
  • Kulit aku sangat la senstitif bila-bila masa sebab BERGANTUNG kepada cuaca jugak. Mana taknya panas sikit pun dah boleh jadi merah-merah dan gatal. Kalau sejuk sikit pun jadi macam tu jugak dan boleh buat aku 'sakit'. So kalau nak pilih pakaian yang nak dipakai kena fikir elok-elok nak2 time nak out pergi mana-mana.. Huhuhu..
    Penat sebenarnya bila asyik-asyik terikat dengan EKZEMA. Ke mana-mana aku nak pergi pantang larang makanan aku harus utamakan sebab aku dah bosan hidup dengan ubat! Mungkin orang tak mengenali tentang EKZEMA dan tidak tahu kehidupan aku pasti aku dicop perempuan CEREWET. Arghh, lantak koranglah nak kata apa janji aku bahagia. Kepada korang yang tak seperti aku BERSYUKUR ALHAMDULILAH kerana korang masih dikurniakan kenikmatan makanan oleh ALLAH S.W.T. Ingatan aku jangan sesekali korang mengeluh bila makanan tu tak kena cita rasa dengan korang berbanding aku nak sentuh makanan itu ini pun kena kontrol. Terus-terang aku memang jeles tau! Hehe..

    EKZEMA oh EKZEMA, sukar kau nak berpisah dengan akukan? (*_*)!


    18 December 2010

    EKZEMA

    EKZEMA. Apa itu EKZEMA? Segelintir daripada korang mesti tak tahu apa itu EKZEMAkan dan sape yang tahu tentang EKZEMA tahniah aku ucapkan, hehe. Aku mohon share dari info kesihatan tentang penyakit ini bersama-sama korang semua. Jom!

    DEFINISI EKZEMA 

    • EKZEMA adalah penyakit berkaitan genetik yang mana sistem imunisasi individu bertindak keterlaluan terhadap alergen (bahan penyebab alahan) dan menyebabkan kulit mengalami keradangan, iritasi dan bengkak. Dalam keadaan sederhana, EKZEMA menyebabkan kulit menjadi kering, pedih dan gatal. Bagi kes yang lebih teruk, kulit boleh merekah, melecet dan berdarah. Senang cite penyakit EKZEMA ni disifatkan kulit sensitiif dan ada sahaja yang tak kena itu dan ini sampai buat orang tak selesa termasuk AKU.. huhu :-(
     FAKTOR EKZEMA

    • Peningkatan suhu dan kelembapan disebabkan perubahan cuaca.Lain-lain faktor termasuklah pencemaran alam sekitar, pemakanan yang tidak sesuai, pelbagai bahan tambahan kimia, bahan cuci kasar, logam dan kosmetik yang boleh mendatangkan kesan alergi kepada individu yang mudah menghidap EKZEMA.
    • Penggunaan sabun dan bahan cuci kasar adalah penyebab biasa EZKEMA kerana ia mengandungi bahan kimia yang boleh menghilangkan kelembapan kulit. Menurut info pakar tentang masalah ini menyatakan bahawa : "Produk pencuci yang tidak sesuai akan mengikis lapisan perlindungan semulajadi pada kulit yang sensitif. Ia mengakibatkan kitaran yang menghasilkan tindakan balas yang menyebabkan keradangan kulit."

    LANGKAH / RAWATAN EKZEMA

    • Pesakit juga dinasihatkan supaya tidak menggunakan sabun biasa, sebaliknya menggunakan sabun yang mengandungi bahan pelembap (emollients). Ini kerana, sabun biasa akan mengakibatkan kulit menjadi lebih kering, bertambah gatal dan rosak.
    • Ubat histamine (ubat menghilang rasa gatal) akan diberi kepada pesakit untuk mengelakkan pesakit menggaru. Sebaik-baiknya ubat ini diambil pada waktu malam kerana ia menyebabkan pesakit mengantuk.
      Jika pesakit mendapat jangkitan sekunder, mereka akan diberi antibiotik. Ubat ini perlu diambil dalam sukatan yang betul, sekurang-kurangnya selama satu minggu.
       
    • Penggunaan ubat sapu (topikal steroid). Kekuatan ubat yang digunakan ini bergantung kepada tahap keseriusan dan umur kanak-kanak yang terlibat. Ini kerana, penggunaan ubat topikal steroid yang kuat iaitu yang tidak sesuai dengan kanak-kanak boleh menyebabkan kerosakan pada kulit. Sehubungan itu, pastikan ia diambil sesuai dengan peringkat umur pesakit. Sebaik-baiknya, elakkan mengambil ubat-ubatan yang dimakan kerana ia mempunyai kesan sampingan kepada pesakit. Bagi kes-kes yang serius, ubat-ubatan seperti steroid, sitotoksik (azathioprine) dan phote kemoterapi (PUVA) boleh digunakan.
    • Elakkan memakan makanan tertentu dan makanan yang mengandungi bahan awet jika alah pada bahan atau makanan tersebut. Banyakkan mengguna bahan pelembap kulit dan jangan biarkan kulit kering. Cepat berjumpa doktor dan jangan biarkan keadaan bertambah teruk.
    • Pengambilan Evening Primrose Oil (EPO) dapat membantu sebahagian pesakit yang berada di tahap serius. 

    12 December 2010

     ~ KELUAR DARI MY ENTRY & JUMPA LAGI - BYE! ~

    11 December 2010

    MY SWEETy





    Kali ini mahu bercerita tentang haiwan kesayanganku.. Aku pun tak pasti sejak bila aku mula jatuh cinta dengannya dan mungkin perwatakannya yang mampu mencairkan sukmaku membuat aku jadi 'gila'.. Bila mataku sudah terpaut dengan wajahnya yang gebu dan tubuh badan yang sangat comel membuatkan aku terus melafazkan 'I Love U'.. Ayuh bercerita tentang kucing.. Kucing? Makhluk Allah yang sangat manja, adakalanya garang, nakal, comel dan suara yang manja.. Sesungguhnya aku menghargai kurniaan Allah S.W.T tentangnya kerana aku tahu kewujudannya ada hikmah tersendiri..



    Kucing = Nyawa hidup jiwa aku.. Tanpa kucing, adakalanya aku mampu menjadi gila kerana kehilangannya dari hidup aku.. Ahh, mungkin ada yang membenci akan kucing.. Pasti ada suara sumbang bersuara :

    • Eiii, kucing? Yarkss, geli!
    • Tak sukalah kucing sebab suka tergesel-gesel gedik!
    • Kucing terlalu kasar dan suka mengotorkan tempat!
    • Buat sakit mata sahaja tengok kucing!
    • Kau ni memang gila bercakap dengan kucing..
    • Tak ada gunanya bela kucing
    • Kucing jahat!
    Nah pasti bait-bait sedemikian mampu membuatkan aku 'panas'.. Tapi tak semudah itu aku membiarkan mereka terus 'membunuh' tentang kucing sebab hanya satu sahaja jawapan aku ~ADA AKU KISAH?~


    Sudah! Aku mahu berkongsi hidup aku bersama dengan kucing kesayanganku.. Jom :-)



    COMEL SAYANG

    :: Kekasih pertama yang kekal bertakhta dalam hidup aku ::
    • Aku memang gilakan si dia yang comel ini.. Dia tinggal di rumah arwah datukku.. Kalau ada masa lapang aku pasti menjenguknya..
    • Satu sifat aku paling suka tentangnya apabila dia setia menjadi 'penyambut tetamu' bila aku datang melawatnya.. Dia akan duduk di tangga sambil bersuara manja menanti aku mendekatinya..
    • Kemudian, aku akan menundukkan wajahku membiarkan wajahnya 'mencium' wajahku.. Pandangan mataku dengan matanya bertaut..
    • Lantas, aku memeluknya penuh kasih sayang kemudian memberi dia makan makanan kesukaannya..
    • Selepas makan pasti dia mahu sentiasa berada disisi aku dan enggan berada di sisi manusia lain ketika itu..


    :: Aku jatuh cinta melihat wajahnya yang sedang lena ketiduran ::
    • Dia memang suka tidur.. Kalau dia mahu tidur dengan tenang tanpa gangguan pasti dia akan 'meminjam' katil milik arwah datukku.. Paling penting dia mahu bantal di kepalanya, huhu..
    • Kalau dia mahu sekadar melelapkan mata di mana-mana sahaja dia boleh duduk tidur seketika..
    • Aku paling gembira apabila aku tersedar dari tidur pasti dia ada di sebelah aku.. Aduhaiii, dia sangat manja sehingga aku tidak sanggup menganggu tidurnya apabila dia suka 'melentokkan' kepalanya di lenganku..
    • Dia memang suka menyibuk mahu berkongsi bantal dengan aku apabila aku mahu tidur kerana aku tahu dia juga sayang padaku :-)

    :: Dia memang comel! ::


    • Aku sanggup menghabiskan masaku bersama-sama dengannya kerana selepas aku kembali ke rumah pasti aku merinduinya.. Rindu sangat!
    • Sebelum balik aku akan pastikan dia mesti bergambar denganku, haha.. Tidak mengapa sebab dia tidak pernah 'merungut' dengan perangai aku yang gila bergambar.. 
    • Aku suka mengambil gambarnya kerana dia juga tahu bagaimana bergambar apabila camera dihadapannya..
    • Sebelum balik aku akan memeluk dan menciumnya dengan sepuas hati sebagai tanda aku sayang padanya..

    :: Pertemuan terakhir :-( ::


    • Semakin hari kami makin membesar bersama dan usia dia juga kian berumur.. Lihat sahaja wajah dan tubuhnya yang sudah mula 'sakit'.. Aku seringkali berdoa kepada-NYA agar mengizinkan aku 'meminjamkan' dia dalam hidupku..
    • Namun adakalanya dia degil kerana dia sering bergaduh dengan kucing lain ( adatlah kucing jantan ) sehingga tubuh dia lebam dan luka.. Pernah aku memarahinya kerana terlalu geram dan pandai pula dia merajuk dengan aku..
    • Sebagai tanda aku mahu berdamai dengannya aku mengubati lukanya.. Maafkan aku kerana berkasar denganmu tempoh hari itu..
    • Inilah gambar terakhir pertemuan antara kami kerana aku mendapat tawaran menyambung study di ASWARA, KL.. Lebih menyedihkan lagi tiada siapa lagi mahu menghuni di rumah arwah atukku kerana arwah atukku meninggal beberapa minggu lepas selepas gambar ini dirakam..
    • Sebelum aku berpisah dengannya aku memeluk, mencium dan membelainya sepuas-puasnya.. Aku mengerti pandangannya yang mahukan aku sentiasa disisinya.. Aku mengerti sayang!
    • Berita sedih yang aku terima dari kakakku apabila dia telah pergi selama-lamanya.. Ketika itu aku di ASWARA dan berita itu cukup melukakan jiwa dan emosi aku.. Aku kesal, sedih, kecewa dan terkilan kerana aku tidak mampu berjumpa dengannya buat kali terakhir..
    • Sesungguhnya kehadirannya dalam hidupku sangat bermakna kerana dia CINTA PERTAMA & TERAKHIR dalam hidup aku.. Pabila aku merindui dia, aku pasti menatap gambarnya dan pasti air mataku menitis ( menjadi cengeng! ).. Aku merinduimu sayang!

    Jika ditanya memori yang paling indah aku miliki adalah berkongsi jiwa dengannya.. Sehingga kini tiada kucing lain yang mampu merampas kenanganku bersamanya.. Dia adalah kucing yang terbaik dalam hidupku.. Tiada yang lain sayang selain darimu biarpun kau sudah meninggalkan aku keseorangan di sini.. Buat pengetahuan korang mungkin aku sangat kasar dan keras apabila bercerita tentang cinta.. Maaf, aku memang tidak mudah menangis kerana cinta tetapi aku hanya mampu menjadi cengeng untuk COMEL SAYANG sahaja :-)

    JIWA ADIKKU


    Sekarang aku mahu bercoretan tentang adikku di Aswara.. Memandangkan aku tidak memiliki adik lelaki dah hanya dikurniakan adik perempuan sahaja, huhu... Aku bersyukur dipertemukan dengan dua insan dari darah kaum Adam yang melengkapkan jiwa hidup aku..Siapa? Jom tengok dan celoteh bersama bercerita tentang mereka...



    Eg - Adik Segala

    Nama budak comel ni Eg.. Aku kenal dia sebelum masuk Aswara dan perkenalan kitaorang bermula di Facebook.. Dia sefakulti penulisan dengan aku.. Dia memang budak yang baik, tak suka berkasar dan lebih suka membuat hal sendiri.. Aku sayang adik aku ni sebab dia tak nakal seperti lelaki lain yang bawah umur dari aku.. Dia menghormati dan memahami cara aku ni.. Kalau pergi ke kelas, cafe, library, Tebing & sebagainya adalah kami bersama.. Senang cerita kitaorang kalau nak pergi mana-mana mesti kami selalu ada..   Aku paling suka menyakat dan mengusik dia terutamanya meniru gaya dia yang sangat mencuit hati dan comel, haha.. Aku suka usik dia punya rambut yang sekejap berfesyen itu dan ini, huhu.. Paling penting wajib aku singgah dia punya blog yang sangat menarik dan kreatif.. Aku rindu nak bersua dengan Eg dan tak sabar-sabar nak mengadap muka dia di sem 2..hehe :-)


    Akhmal @ Ariel


    Ini student teater... Aku kenal dia pun semasa lepak dengan teman di depan hostel dan dari situlah persahabatan kitaorang mula terjalin.. Aku sangat senang dengan cara dan gaya dia bila bersama dengan aku.. Kenapa? Dia seorang adik yang baik hati, bertanggungjawab, manja, suka ketawa dan 'menjaga' aku.. Aku bersyukur kerana dikurniakan seorang adik lelaki yang menghormati aku walaupun aku ni seorang yang tahap sempoi gila-gila,huhu.. Adik aku ni kuat makan, suka menyanyikan lagu Peterpan, berpakaian smart, minat sangat-sangat dengan Ariel ( Peterpan ).. Aku berharap persahabatan kami kekal sampai bila sebab aku sayang adikku, Akhmal :-)