03 December 2014

RAJIN VS MALAS



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung blog kesayanganku 
(Walaupun blog bersawang lama tak update, muahaha). 
Semoga kalian sihat sejahtera, ceria dan gembira sokmo :)



Maaflah, aku tak berkesempatan nak update blog seperti selalu. Jujur, aku akui aku jarang update blog. Hoho. Sungguh, bergelar pelajar Penulisan Kreatif ASWARA memang sibuk. Ya, sibuk dengan kerja tugasan kuliah, mengejar waktu kuliah, berangan-angan, merancang esok lusa nak makan apa dan bla bla bla... Okey, ayat hampir penghujung mohon jangan percaya sangat. Kehkeh.


Aku tahu, blog ni sekian lama bersawang tanpa entri baru. Ada yang bertanya bila nak update blog? Kenapa tak ada cerita baru di blog? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Hihihi. Banyak alasan aku tak berkesempatan nak jenguk blog walaupun setiap hari mengadap laptop dan online kecuali waktu tidur sahaja. Hikhik.


*Muka tak cukup tidur.
 Memiliki mata sembap ala-ala mata panda perkara biasa untuk seorang pelajar. Wakaka



Aku sekarang sibuk dengan tugasan kuliah yang berlambak. Boleh tahanlah tugasan kuliah budak Penulisan Kreatif. Kalau Diploma, setakat hantar tugasan berhalaman 1 hingga 8 boleh dikatakan kau lompat riang ria. Bila dah cecah tahap pengajian Degree, kau pendamkan sahaja lompat riang ria sebab setiap halaman tugasan 1 hingga 15 dan kalau capai 20 muka surat pun boleh. Banyak kerja woooo. Dah jadi pelajar Degree, tak boleh nak manja dan mengada sangat. Kena rajin belajar, rajin berusaha dan rajin elakkan  daripada kuat tidur (Seperti aku, kahkah!). Semester 1, tugasan kuliah merangkumi kajian atau analisis naskah drama pentas, novel, cerpen, filem dan juga dah mula membuat skrip lakon layar (45 muka surat). Hoho, banyak kerja tapi seronok sebab menguji kekuatan, kesabaran dan ketahanan aku nak siapkan semua kerja dalam satu masa walaupun hampir 'tergelincir'. Kehkeh.


Kadang-kadang rasa penatlah juga sebab nak siapkan tugasan berlambak, nak kejar waktu kuliah walaupun 'terbabas' (Nak tahu maksud 'terbabas' pergi cepat-cepat taip rujuk  dan cari makna di halaman web DBP), kekurangan waktu tidur dan bla bla. Bila dah penat dan lemau mulalah rasa malas.


MALAS!



Penyakit yang sangat bahaya. Oh, memang bahaya (Sambil menggeleng). Penyakit malas boleh mengundang 1001 keburukan terutamanya kalau tempiasnya kepada aku. Huhu. Kadang-kadang, aku kekurangan waktu tidur sebab tidur lambat nak siapkan tugasan termasuklah buat kerja yang tak melibatkan tugasan seperti ----> Online Facebook, tersengih-sengih depan laptop padahal tengok gambar kucing sebab aku suka kucing + Tengok Youtube (Kalau dah syok dengar lagu, memang tugasan jawabnya esoklah buat. Kahkah!). Mohon jangan tiru perangai yang tak mencerminkan nilai moral seperti aku. Muahahaha.


Okey, bila dah rasa malas mulalah pelbagai agenda muncul di fikiran. Tak laratlah nak pergi kuliah. Penatlah. Malasnya. Mengantuklah. Kenapalah ada kuliah hari ini? Kalau ponteng kuliah okey tak, sekali sekala apa salahnya? Wakaka. Sungguh teruk perangai tak bermoral aku. Tiada langsung unsur nilai murni. Tu dia ayat budak penulisan. Kehkeh. Benda yang paling aku susah dan berat hati nak tinggalkan katil termasuklah anak-beranaknya lain bantal dan selimut. Hahaha. Mata pun kuyu balik nak pejam tapi tiba-tiba ada kesedaran muncul. 


Bahaya tahu tak penyakit malas ni, mengundang keburukan yang boleh buat kau seperti manusia tiada matlamat hidup (Melampau sangat tu. kikiki). Jujurlah, kalau rasa malas menguasai diri boleh buat aku nak ponteng kuliah (Aku tak suka aktiviti memonteng kecuali aku penat sangat, tak cukup tidur dan termasuk berat hati nak tinggalkan katil, hikhik). Tolonglah, jangan biarkan malas menguasai diri. Grrrr! 


Selalunya kalau berkeadaan begitu, aku ada 'ubat' nak cegah penyakit malas. Ubat rajin sebagai penawar ubat malas. Ngeh ngeh. Bagaimana nak cegah?



CARA-CARA MENCEGAH PENYAKIT MALAS:


1) Tengah syok atas katil sambil peram (istilah ayah aku - malas nak bangun padahal dah bangun dari tidur) sambil pejamkan mata, cuba bayangkan wajah emak dan ayah. Anak-anak yang berasal dari kampung, kenanglah wajah emak dan ayah di kampung . Anak-anak yang berasal dari bandar, kenanglah wajah emak dan ayah yang tengah bekerja di bandar.




*Bersama bonda tercinta. I love you, emak!


2) Bila dah terbayang wajah emak dan ayah, cuba kenang dan tatap wajah mereka. Cuba ingat bagaimana wajah mereka senyum, sedih dan juga kepenatan mencari rezeki siang malam.


3) Kemudian tanya diri sendiri, pernah tak fikir adakah emak dan ayah mencari rezeki dengan rasa MALAS? Emak dan ayah gigih berusaha mencari rezeki nak sekolahkan anak-anak walaupun penat, sakit dan perit tapi sekalipun tak pernah dengar mereka meluahkan perasaan MALAS! Merungut lagilah tidak sebab mereka tahu nak membesarkan anak-anak memerlukan pengorbanan. Emak dan ayah sanggup berkorban apa sahaja semata-mata mahu berikan yang terbaik untuk anak-anak. Bagaimana kita sebagai seorang anak pula?


4) Emak dan ayah mencari rezeki tanpa ada alasan MALAS, Mengapa kita (anak-anak) boleh berikan alasan MALAS untuk ponteng kuliah? MALAS nak datang kuliah. MALAS nak belajar. MALAS nak menulis atau menyalin nota. MALAS nak buat tugasan kuliah. Alasan yang tak boleh diterima hanya kerana MALAS! Sebagai seorang anak, bila kau dah rasa malas, kau kenanglah wajah dan jasa pengorbanan emak dan ayah lebih-lebih lagi kalau kau orang susah. Kalau kau anak orang kaya hidup mewah petik jari dapat duit sekelip mata tapi ingat itu harta emak dan ayah kau. Bukan harta sendiri! Hargai pengorbanan emak dan ayah semata-mata nak sekolahkan kita walaupun banyak dugaan mendatang.


5) Bila dah terbayang wajah dan jasa pengorbanan emak dan ayah serta-merta kau akan celik mata. Kau akan rasa insaf. Kalau kau anak yang baik, taat dan sayang emak dan ayah, hapuskan rasa malas dan bangkit dengan semangat baru. Kau kena rajin, hargai dan balas jasa pengorbanan peluh titik keringat emak dan ayah.





6) Bila masuk kuliah, jangan rajin sekejap sahaja. Tangan yang Allah berikan rajin-rajinkanlah salin nota pensyarah bagi ataupun pensyarah bercakap. Kalau tak ada pen, tak ada kertas dan malas nak menulis nota lebih baik jangan masuk kuliah. Kedua, fokus apabila pensyarah mengajar walaupun kadang-kadang aku sendiri pun rasa mengantuk. Tapi, sekurang-kurangannya fokus juga daripada tangan tak lekang dengan telefon bimbit. Hah, aku paling pantang bab telefon bimbit dalam kuliah. Aku selalu perhati segelintir pelajar, tangan tu syok main telefon bimbit sampai aku rasa nak tampar tangan tu. Hormatlah pensyarah, kita yang datang nak tuntut ilmu dengan mereka. Jangan biadab. Nak buka telefon bimbit boleh tapi sekejap sudahlah. Ini satu jam kuliah, sejam jugalah kau main telefon bimbit kemudian terpinga-pinga tak faham. 


7) Kalau kau tak nak bayangkan wajah emak dan ayah, kau bayangkan diri atau letakkan kedudukan di tempat emak dan ayah. Kau bayangkan kau penat bekerja bagai tapi anak kau di tempat belajar main-main. Tak serius. Tak datang kuliah, tak hantar tugasan, asyik main telefon bimbit dalam kuliah, lebih fokus bercinta daripada belajar dan macam-macamlah. Apa perasaan kau kalau anak kau buat begitu? Berbaloi tak dengan kesungguhan dan pengorbanan kau? Mesti kau rasa marah, sedih dan kecewakan? Kalau kita tak boleh berikan yang terbaik, sekurang-kurangnya kita hargai pengorbanan orang tua kita. Tak susah pun.


Banyak lagi cara-cara nak cegah malas cuma bergantung dengan diri sendiri. Bila usia kau dah menginjak jadi pelajar maka kau boleh fikir mana yang baik dan buruk. Jangan nak tunggu orang bagi nasihat dan tegur kau banyak kali. Dah besarkan... Nasihatlah diri sendiri tanpa mengharapkan nasihat orang lain. Ingat asal-usul diri (Kalau kau orang susah, kau kena sedar yang kau kena buat perubahan baru untuk yang lebih baik), ingat emak dan ayah dan bla bla bla...



*Salah satu kejayaan aku bergelar graduan kerana emak dan ayah. 
(Konvokesyen Diploma Penulisan Kreatif - 2013)



Selalunya bila aku rasa malas, aku cegahlah rasa malas dengan 'ubat rajin'. Terleka sikit, aku marah diri sendiri sambil tanya ;


 - "Mak ayah di kampung bekerja cari duit nak sekolahkan aku ada rasa malas ke? Tolonglah jangan jadi anak tak kenang budi. Hargailah jasa pengorbanan emak dan ayah! "-


Okey, okey dah membebel panjang. Haha. Jadi, kita sebagai anak kalau kita rasa malas cegahlah penyakit tidak bermoral itu. Rajin-rajinkanlah diri. Aku pun selalu begitu tapi aku paksa diri aku lawan perasaan malas itu. Sabar sahajalah dengan karenah diri sendiri. Wakaka. 


Entri panjang penuh bebelan aku bagi kali ni. Kehkeh. Oh ya, terima kasih kepada kalian yang masih sudi singgah blog aku. Terima kasih kepada mereka yang jumpa atau terserempak beritahu aku :


- Saya selalu baca blog awak (Walaupun entri aku panjang sangat. Kahkah!). 
- Saya tak sangka awak orangnya yang menulis blog https://kuncirahsiahati.blogspot.com
- Saya selalu tunggu awak update blog. 
- Saya baca blog awak tapi segan nak tegur. Segan nak tegur, pandang sahajalah. Hihi. (Haaa, bab segan-menyegan janganlah. Tegur sahajalah, aku okey sahaja padahal aku pun segan juga sebenarnya. Muahaha)


Okeylah, aku berhenti di sini menaip di sini sahaja. Entri seterusnya? Entahlah, haha. Kalau aku ada masa, aku rajinkan tangan berkeletak-keletuk di sini ya. Terima kasih sekali lagi kesayangan semua. Byeeee :)





XOXO,
Cik Unma